More

    OPPO Enco Buds3 turut rasmi di Malaysia dengan pemacu 12mm, bateri 48 jam berharga RM129

    Selain pelancaran telefon dan jam tangan pintar baharu, OPPO turut memperkenalkan fon wayarles terbaharu dengan OPPO Enco Buds3 yang ditawarkan pada harga mampu milik RM129. Dikenali sebagai fon telinga TWS dengan nilai terbaik dalam kelasnya, Enco Buds3 menampilkan rekaan separuh dalam telinga yang ringan dengan berat hanya 3.8 gram untuk setiap fon.

    Hayat baterinya juga luar biasa dengan ketahanan sehingga 9.5 jam bagi fon telinga dan sehingga 48 jam dengan bekas pengecasan. Ia turut menyokong pengecasan pantas yang membolehkan 3 jam penggunaan hanya dengan 10 minit cas. Baterinya juga telah diperakui oleh TÜV Rheinland dan mampu mengekalkan sehingga 80% kapasiti selepas empat tahun.

    Reka bentuk bekas pengecasan yang 12% lebih kecil daripada generasi sebelumnya memudahkan penyimpanan manakala ketahanan IP55 menjadikannya kalis debu dan percikan air. Untuk audio, Enco Buds3 dilengkapi pemacu titanium 12.4mm yang menawarkan keseimbangan bass, mid dan treble serta teknologi Alive Audio yang mencipta pengalaman bunyi 3D.

    Pengguna telefon OPPO turut boleh mengaktifkan Enco Master Tuning untuk menyesuaikan profil bunyi mengikut cita rasa masing-masing. Fon telinga ini menyokong Bluetooth 5.4 dengan kependaman hanya 47ms sesuai untuk permainan dan video. Ia juga menyokong sambungan serentak kepada dua peranti dan fungsi Google Quick Pairing untuk pengguna Android.

    Ciri paling menonjol ialah keupayaan terjemahan AI secara langsung apabila dipadankan dengan telefon OPPO termasuk rakaman perbualan pelbagai bahasa dan penukaran suara kepada teks. Fungsi panggilan AI Clear Call pula memastikan audio jelas walaupun di tempat bising. Ia turut menyokong kawalan pintar seperti mengambil gambar dengan sentuhan, pertukaran mod permainan dan sambungan ke peranti pintar lain.

    Ditawarkan dalam warna hitam dan putih, OPPO Enco Buds3 kini dibuka untuk tempahan sehingga 11 Julai 2025. Pembeli siri OPPO Reno14 juga berpeluang mendapatkan diskaun RM30 untuk fon telinga ini, sementara stok masih ada. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Google ubah had Gemini bermula 9 Oktober ini, pengguna percuma kena ambil tahu

    Google mengumumkan pelarasan baharu terhadap ketersediaan model dan had penggunaan untuk aplikasi Gemini menerusi akaun peribadi. Perubahan berkuat kuasa secara rasmi bermula...

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured