More

    TikTok Shop Mall laksana Polisi Pemulangan Percuma 30 Hari bagi produk berjenama tulen

    TikTok Shop Malaysia memperkenalkan Polisi Pemulangan Percuma 30 Hari, menggandakan tempoh pemulangan daripada 15 hari sebelum ini khusus untuk produk berjenama tulen yang dibeli melalui TikTok Shop Mall. Langkah ini bertujuan meningkatkan keyakinan pengguna terhadap pembelian dalam talian serta memperkukuh ekosistem e-dagang yang lebih selamat.

    Berdasarkan kajian TikTok Shop, lebih 80 peratus pengguna menyatakan bahawa ketenangan fikiran memainkan peranan penting dalam keputusan pembelian mereka. Dengan gabungan Polisi Pemulangan Percuma 30 Hari dan Jaminan Ketulenan 100%, pembeli kini mempunyai perlindungan yang lebih menyeluruh terhadap produk yang dibeli.

    TikTok Shop turut menegaskan bahawa polisi ini bukan sahaja menjaga hak pengguna, malah menyediakan mekanisme perlindungan buat penjual. Selain itu, TikTok Shop akan menanggung kos penghantaran bagi pemulangan atas sebab ‘Tidak Lagi Diperlukan’. Ini sekali gus memberi lebih keyakinan kepada pembeli tanpa membebankan penjual.

    Produk yang layak dilindungi boleh dikenal pasti menerusi lencana rasmi ‘Mall’ yang tertera di sebelah tajuk produk dalam aplikasi. Pembeli hanya perlu memulakan permintaan pemulangan dalam tempoh 30 hari selepas menerima pesanan menerusi Halaman Pesanan. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured