More

    “Jom Lepak” jerayawara OPPO Reno14 Series di Pavilion KL dengan ganjaran eksklusif

    OPPO Malaysia membuka tirai jerayawara OPPO Reno14 Series secara rasmi di Pavilion Kuala Lumpur dengan menawarkan pengalaman lima hari penuh interaksi, ganjaran eksklusif serta peluang bertemu selebriti popular tanah air. Jerayawara ini dianjurkan sempena pelancaran rasmi Reno14 Series dan akan berlangsung sehingga 6 Julai 2025.

    Pengunjung boleh mencuba sendiri peranti terkini OPPO, menyertai zon interaktif serta menebus hadiah seperti cetakan foto AI Flash, set hadiah “Jom Lepak” dan pelbagai kejutan menarik. Menambah kemeriahan, acara pada 5 Julai 2025 bakal menyaksikan kemunculan istimewa beberapa selebriti tempatan termasuk Lin Min-Chen, Phei Yong, Bunga, Fugo dan Empty Page.

    OPPO Reno14 Series tampil dengan rekaan berinspirasikan trend mermaid core yang digelar Iridescent Mermaid Design. Terdapat juga penarafan IP66, IP68 dan IP69 bagi kalis air serta habuk. Siri ini turut menampilkan sistem AI Flash Photography yang ditambah baik bagi membolehkan rakaman gambar berkualiti tinggi walaupun dalam suasana malap.

    Orang ramai juga boleh menikmati rebat segera sehingga RM200 dan ganjaran bernilai sehingga RM2,396 dengan membuat tempahan Reno14 Series sebelum 12 Julai 2025. Beritahu kami di Facebook jika anda akan hadir di jerayawara ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    TECNO tayang telefon skrin 0mm pertama – Tiada lagi bezel hitam!

    TECNO memperlihatkan telefon konsep Next-Gen Bezelless menjelang kemunculan pertamanya di acara IFA 2026. Ia dibangunkan untuk menghapuskan garisan hitam di sekeliling paparan...

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured