More

    AS rancang hadkan eksport cip AI ke Malaysia, bimbang disalurkan ke China

    Amerika Syarikat dilaporkan sedang merangka sekatan baharu terhadap eksport cip kecerdasan buatan (AI) ke Malaysia dan Thailand berikutan kebimbangan bahawa negara-negara Asia Tenggara kini menjadi laluan tidak langsung bagi penghantaran cip berprestasi tinggi ke China.

    Menurut sumber, peraturan baharu sedang dibangunkan oleh Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat dan dijangka menyasarkan cip yang dihasilkan oleh syarikat seperti Nvidia. Walaupun larangan eksport cip AI ke China telah berkuat kuasa sejak pentadbiran Biden, Washington kini bimbang bahawa cip tersebut masih boleh sampai ke pasaran China menerusi pihak ketiga termasuk pusat data dan pengimport di Malaysia.

    Langkah ini akan menyemak semula sebahagian pendekatan terdahulu yang lebih menyeluruh dengan memberi penekanan kepada saluran eksport khusus dan negara transit utama. Malaysia kini menjadi perhatian kerana peranannya yang semakin meningkat dalam ekosistem semikonduktor global termasuk dalam pemasangan, ujian dan pengendalian data AI.

    Untuk cadangan semasa, syarikat dari Amerika Syarikat perlu mendapatkan lesen eksport khas sebelum boleh menjual cip AI kepada pihak di Malaysia. Bagaimanapun, laporan menyebut bahawa masih terdapat kemungkinan pengecualian sementara untuk sekutu rapat dan syarikat yang sudah lama menjalankan operasi sah di rantau ini.

    Sumber turut memaklumkan bahawa peraturan ini masih dalam peringkat draf dan belum dimuktamadkan, namun perbincangan serius sedang berjalan antara jabatan kerajaan dan syarikat teknologi utama. Pentadbiran Trump dilihat mahu memperketat kawalan terhadap aliran teknologi strategik dalam usaha menghalang dominasi AI oleh China.

    Wakil kerajaan Malaysia belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkara ini, namun dijangka akan memohon penjelasan lanjut sekiranya peraturan tersebut memberi kesan kepada pelaburan dan operasi semikonduktor di negara ini.

    Rangka sekatan baharu dijangka memberi kesan kepada landskap perdagangan teknologi tinggi serantau dan boleh menjejaskan kedudukan Malaysia sebagai hab pemprosesan dan pengedaran cip AI global. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Bloomberg

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured