More

    Pebble lancar HALO Smart Ring – Cincin pintar pertama dengan paparan digital

    Pebble secara rasmi telah melancarkan HALO Smart Ring dan ia merupakan cincin pintar pertama yang dilengkapi dengan paparan digital terbina. HALO Smart Ring dibina menggunakan bahan keluli tahan karat dan mempunyai reka bentuk tahan lasak yang kalis percikan air serta habuk menjadikannya sesuai untuk gaya hidup aktif dan moden.

    Cincin pintar ini tersedia dalam enam saiz, dari saiz 7 hingga 12 dan ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu hitam, emas dan perak. HALO Smart Ring mampu memaparkan maklumat seperti jumlah langkah, kadar denyutan jantung, tahap bateri dan waktu semasa terus di atas paparannya.

    Ia turut dilengkapi dengan pelbagai fungsi pemantauan kesihatan seperti pemantauan kadar jantung, tahap oksigen dalam darah (SpO₂), penjejakan tidur, penjejakan tekanan dan variasi kadar denyutan jantung (HRV). Selain itu, pengguna boleh mengakses pelbagai mod sukan untuk rekod aktiviti kecergasan yang lebih terperinci yang boleh diselaraskan menerusi aplikasi Pebble Halo.

    Cincin ini juga menyokong fungsi pintar seperti kawalan aplikasi melalui gerakan jari, kawalan kamera serta ciri Find My Ring untuk mengesan cincin yang hilang. HALO Smart Ring menyokong sambungan Bluetooth 5.2 dan hanya seberat 4.7 gram. Ia mampu bertahan antara tiga hingga empat hari penggunaan dengan sekali cas dan mengambil masa sekitar 120 minit untuk dicas penuh melalui pengecas wayarles.

    Cincin ini hadir dengan ukuran 10 x 5.8 x 10 cm dan didatangkan bersama jaminan selama satu tahun. Setakat ini, Pebble telah menyenaraikan HALO Smart Ring di laman web rasminya pada harga permulaan ₹7,999 (~RM395). Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    TECNO tayang telefon skrin 0mm pertama – Tiada lagi bezel hitam!

    TECNO memperlihatkan telefon konsep Next-Gen Bezelless menjelang kemunculan pertamanya di acara IFA 2026. Ia dibangunkan untuk menghapuskan garisan hitam di sekeliling paparan...

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...