More

    Sony hentikan jualan Xperia 1 VII di Jepun kerana masalah perisian

    Sony telah menghentikan sementara penghantaran dan penjualan model telefon pintar andalan terbaharunya iaitu Xperia 1 VII di pasaran Jepun susulan aduan meluas berkaitan masalah teknikal serius. Walaupun Xperia 1 VII telah dilancarkan pada Mei lalu dan sudah berada di pasaran Jepun, pengguna kini melaporkan peranti mereka tertutup sendiri, reboot secara rawak dan ada juga yang langsung tidak boleh dihidupkan.

    Sony mengakui isu-isu ini sedang berlaku dan menyifatkan setiap satu daripadanya sebagai masalah besar. Bagi pengguna yang tidak dapat menghidupkan semula peranti mereka, Sony mencadangkan untuk menekan butang kuasa dan butang naik suara serentak selama kira-kira 20 saat sebagai langkah pemulihan.

    Selepas itu, pengguna dinasihatkan untuk memasang kemas kini perisian terkini yang disediakan oleh Sony. Bagaimanapun, Sony juga menyatakan bahawa mereka masih menyiasat punca sebenar masalah tersebut. Ini memberi gambaran bahawa kemas kini perisian ini mungkin hanya langkah pencegahan sementara dan bukan penyelesaian sepenuhnya.

    Sony menasihatkan pengguna yang masih menghadapi masalah selepas mencuba langkah pemulihan tersebut supaya menghubungi sokongan pelanggan rasmi untuk bantuan lanjut. Buat masa ini, belum ada maklumat sama ada penghantaran ke pasaran luar Jepun turut terjejas atau tidak.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Sony

     

    Artikel Terkini

    REDMI Headphones Neo, Buds 8 dan Watch 6 dilancar di Malaysia, bermula RM239

    Xiaomi hari ini mengumumkan pelancaran tiga peranti boleh pakai baharu di bawah sub jenama REDMI untuk pasaran Malaysia termasuk fon kepala over-ear...

    Catcha Digital catat untung 128 peratus hasil ambil alih syarikat media Malaysia

    Catcha Digital Berhad mencatatkan prestasi kewangan paling kukuh setakat ini apabila merekodkan pertumbuhan keuntungan sebanyak 128% bagi suku pertama tahun kewangan 2026...

    Cristiano Ronaldo kini jadi duta global Dreame Technology

    Dreame Technology mengumumkan kerjasama global bersama legenda bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo dalam usaha memperkukuh kedudukan mereka dalam pasaran perkakasan rumah pintar...

    Xiaomi Watch S5, Smart Band 10 Pro dan Buds 6 turut rasmi di Malaysia,...

    Selain siri 17T, Xiaomi turut mengumumkan pelancaran beberapa produk baharu di Malaysia menerusi pengenalan Xiaomi Watch S5 46mm, Xiaomi Smart Band 10...

    Siri Xiaomi 17T rasmi di Malaysia dengan Dimensity 9500, kamera Leica dan bateri 7,000mAh...

    Siri Xiaomi 17T secara rasmi dilancarkan di Malaysia dengan dua pilihan model iaitu Xiaomi 17T dan Xiaomi 17T Pro. Model paling berkuasa...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan vivo X300 Pro – Kamera ZEISS generasi baru untuk vivo!

    Dengan 2025 yang semakin hampir kepada penamatnya, vivo Malaysia tidak ketinggalan untuk melancarkan telefon pintar flagship generasi seterusnya dengan melancarkan vivo X300...