More

    Siri Samsung Galaxy Watch8 turut rasmi di Malaysia, harga bermula RM1,299

    Samsung Malaysia secara rasmi telah melancarkan tiga model jam pintar baharu sempena acara Galaxy Unpacked 2025 iaitu Galaxy Watch8, Galaxy Watch8 Classic dan Galaxy Watch Ultra (2025). Ketiga-tiga model ini menampilkan peningkatan ketara daripada segi rekaan, prestasi dan ciri berasaskan kecerdasan buatan.

    Galaxy Watch8 hadir dalam dua saiz iaitu 40mm dan 44mm dengan rekaan lebih nipis iaitu 11% berbanding pendahulunya. Ia juga menggunakan rekaan kusyen seperti pada model Ultra sebelum ini yang menawarkan keselesaan lebih baik serta ketepatan penjejakan kesihatan melalui sistem Dynamic Lug yang lebih stabil.

    Galaxy Watch8 Classic pula mengekalkan keunikan bezel berputar bersama butang pantas tambahan menjadikannya lebih mesra pengguna untuk navigasi harian. Kesemua model Galaxy Watch8 kini dilengkapi paparan lebih terang dengan kecerahan maksimum mencecah 3000 nits, cip pemproses 3nm untuk prestasi lebih lancar dan penggunaan kuasa lebih cekap serta bateri bersaiz lebih besar dengan 435mAh untuk model 44mm manakala 325mAh bagi model 40mm.

    Selain itu, ia turut menyokong GPS dwi-frekuensi bagi penjejakan lokasi yang lebih tepat. Ciri perisian turut menerima peningkatan besar dengan pengenalan sistem operasi Wear OS 6 yang kini menyokong Gemini AI. Pengguna boleh menggunakan arahan suara untuk melakukan pelbagai fungsi seperti menetapkan peringatan, mencari lokasi berdekatan, menghantar mesej atau memulakan senaman.

    Fungsi kesihatan utama turut dikekalkan termasuk sensor BioActive, panduan tidur, jurulatih larian dan amaran tekanan tinggi. Bagi pengguna yang menginginkan pengalaman premium dan tahan lasak, Galaxy Watch Ultra (2025) diperkenalkan sebagai model paling berkuasa dalam siri ini. Ia menampilkan rekaan empat segi dengan skrin bulat di dalamnya, ketahanan air 10 ATM/IP68 serta jangka hayat bateri mencecah 100 jam.

    Ketiga-tiga model kini boleh ditempah di Malaysia dengan harga rasmi bermula RM1,299 untuk Galaxy Watch8 (40mm, WiFi). Model 44mm ditawarkan pada harga RM1,399 manakala versi dengan sambungan LTE masing-masing dijual pada RM1,599 dan RM1,699. Galaxy Watch8 Classic pula dijual pada harga RM1,799 untuk model WiFi dan RM2,099 bagi model LTE.

    Sementara itu, Galaxy Watch Ultra (2025) hanya ditawarkan dalam satu varian WiFi + LTE dengan empat pilihan warna titanium seperti biru, kelabu, perak dan putih pada harga RM3,399. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan salah satu jam pintar yang ditawarkan oleh Samsung dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured