More

    NVIDIA menjadi syarikat pertama yang mencapai nilai pasaran $4 trilion

    Nvidia terus mengukuhkan kedudukannya dalam landskap teknologi global apabila menjadi syarikat tersenarai pertama yang mencapai nilai pasaran mencecah AS$4 trilion (~RM18.4 trilion). Pencapaian bersejarah ini direkodkan pada 9 Julai 2025 selepas harga saham syarikat melonjak ke paras tertinggi baharu iaitu AS$164.42 yang didorong permintaan berterusan terhadap teknologi kecerdasan buatan (AI).

    Kenaikan saham tersebut menyumbang kepada nilai pasaran semasa Nvidia yang mencecah sekitar AS$3.97 trilion pada penutupan dagangan menjadikannya syarikat paling bernilai di dunia buat masa ini. Lonjakan ini didorong oleh dominasi Nvidia dalam segmen cip AI khususnya bagi pusat data dan penggunaan AI generatif yang menjadi tunjang utama dalam revolusi digital.

    Analisis pasaran menunjukkan Nvidia kini mewakili kira-kira 7.3% daripada keseluruhan indeks S&P 500 menjadikannya antara penyumbang terbesar kepada prestasi pasaran saham Amerika Syarikat. Sejak awal tahun 2025, saham Nvidia telah meningkat lebih 22% yang memperlihatkan keyakinan tinggi pelabur terhadap potensi pertumbuhan jangka panjang syarikat.

    Para penganalisis memberi amaran bahawa persaingan daripada pemain baharu, inovasi teknologi lain seperti pengkomputeran kuantum dan kemungkinan perubahan dasar pasaran boleh memberi cabaran kepada kestabilan dominasi Nvidia dalam sektor ini. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Reuters

     

    Artikel Terkini

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    TECNO tayang telefon skrin 0mm pertama – Tiada lagi bezel hitam!

    TECNO memperlihatkan telefon konsep Next-Gen Bezelless menjelang kemunculan pertamanya di acara IFA 2026. Ia dibangunkan untuk menghapuskan garisan hitam di sekeliling paparan...

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured