More

    Xiaomi capai penghantaran 300,000 unit EV dalam masa 15 bulan

    Xiaomi Auto mencatat kejayaan besar apabila menghantar 300,000 unit kereta elektrik di China dalam masa hanya 15 bulan sejak pelancaran model pertamanya. Ia bersamaan purata 647 kenderaan sehari sejak penghantaran pertama dan kini meningkat kepada 840 unit sehari atau hampir dua unit seminit.

    Model utama iaitu SU7 yang dilancarkan pada Mac 2024 menjadi penyumbang terbesar jualan. Xiaomi mengambil tujuh bulan untuk mencapai 100,000 unit pertama kemudian hanya empat bulan untuk 200,000 dan tiga setengah bulan seterusnya untuk mencecah 300,000. Disebabkan permintaan tinggi, tempoh menunggu bagi SU7 kini antara 33 hingga 42 minggu.

    Versi prestasi tinggi SU7 Ultra mula dijual pada Februari 2025 dengan tempoh menunggu lebih pendek iaitu antara 6 hingga 18 minggu. Xiaomi turut melancarkan SUV baharu, YU7, pada 26 Jun dan mula dihantar kepada pelanggan bermula 6 Julai. Model ini juga menerima sambutan luar biasa dengan tempoh menunggu antara 40 hingga 60 minggu.

    Setakat ini, Xiaomi telah menghantar 160,513 unit untuk tahun 2025 dan dijangka mencapai sasaran tahunan sebanyak 350,000 unit. Untuk memenuhi permintaan, Xiaomi sedang memperluas kapasiti pengeluaran menerusi pelancaran fasa kedua kilangnya di Beijing. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Car News China

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured