More

    HONOR Magic 8 Mini dijangka sertai barisan siri baharu dalam bentuk yang lebih kompak

    Dengan musim pelancaran telefon andalan semakin hampir, siri terbaru HONOR Magic 8 dijangka hadir dengan kejutan dengan tiga model termasuk satu versi baharu yang lebih kecil, HONOR Magic 8 Mini.

    Magic 8 Mini dikatakan hadir dengan paparan LTPO 6.31 inci beresolusi 1.5K dengan reka bentuk tepi rata, bucu bulat dan bezel yang sangat nipis. Walaupun bersaiz kecil, model ini bukan sekadar model pertengahan, ia dijangka dikuasakan cipset MediaTek Dimensity 9500, sebuah cip andalan berprestasi tinggi. Model standard dan Pro pula dikatakan akan menggunakan Snapdragon 8 Elite 2, serta berkongsi panel AMOLED LTPO yang lebih besar (6.58 inci dan 6.71 inci).

    Spesifikasi lain termasuk pengecaman wajah 3D, kamera telefoto 200MP, sensor utama baharu dan bateri melebihi 7,000mAh yang merupakan satu peningkatan besar untuk jangka hayat bateri telefon pintar. Siri HONOR Magic 8 dijangka dilancarkan secara rasmi pada Oktober, kemungkinan besar dalam acara pelancaran di China sebelum dipasarkan secara global. Namun, tiada khabar angin mengenai Magic 8 Mini untuk memasuki pasaran antarabangsa.

    Namun, jika ia ditawarkan dengan harga yang kompetitif, ia berpotensi menarik perhatian pengguna. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizchina

     

    Artikel Terkini

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Apple Watch Series 12 diumum dengan cip S11, Ceramic Shield 2 dan cas lebih...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Series 12 yang dikuasakan oleh cip baharu S11. Jam tangan pintar ini membawakan rekaan sistem pengesan...

    Apple perkenal AirPods 5: ANC, IP57 dan kawalan gerak kepala bermula RM599

    Apple secara rasmi melancarkan AirPods 5 untuk pasaran Malaysia. Fon telinga jenis terbuka ini hadir dalam dua varian iaitu model standard dan...

    Apple iPhone Duo turut rasmi dengan skrin lipat 7.6″, cip A20 Pro bermula RM9,499

    Apple secara rasmi mengumumkan iPhone Duo sebagai telefon lipat pertama dalam barisan peranti mereka. Peranti ini hadir dengan reka bentuk boleh lipat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured