More

    OPPO Malaysia tawarkan hadiah sehingga RM2,196 untuk pembelian siri OPPO Reno14!

    OPPO Malaysia hari ini melancarkan kempen istimewa untuk siri Reno14 5G terbaharu dengan tawaran menarik bernilai sehingga RM2,196 sehingga 10 Ogos 2025. Siri Reno14 merupakan telefon Android pertama yang membolehkan Livephotos dimuat naik terus ke Instagram.

    Dengan bantuan AI Livephoto 2.0 dan AI Editor yang ditingkatkan, pengguna juga boleh menghasilkan gambar berkualiti profesional dengan mudah. Reno14 Pro 5G dikuasakan oleh cip MediaTek Dimensity 8450 dan dilengkapi teknologi Dual Exposure Fusion untuk gambar lebih jelas dalam pelbagai keadaan cahaya.

    Ia juga menawarkan sistem kamera low light terbaik dengan 3 Flash Design dan tiga kamera 50MP. Pengguna boleh memilih antara dua mod pencahayaan profesional iaitu Flash Mode dan Fill Light Mode untuk kawalan lebih baik dalam keadaan cahaya malap. Gradient Aura Design pada modul kameranya turut menonjolkan ciri eksklusif pada peranti ini.

    Reka bentuk Gradient Aura boleh didapati pada versi Opal White untuk Reno14 5G dan Reno14 Pro 5G serta versi Opal Blue untuk Reno14 F 5G. Siri Reno14 mempunyai penarafan IP66, IP68 dan IP69 untuk ketahanan terhadap habuk dan air serta port USB berlapis platinum yang tahan lama. Reno14 Pro 5G turut dilengkapi bateri berkapasiti 6,200mAh dengan sokongan pengecasan pantas 80W SUPERVOOCTM secara berwayar dan wayarles 50W AIRVOOCTM.

    Reno14 Pro 5G kini boleh didapati di seluruh negara dengan harga bermula daripada RM2,999. Bagi pembelian dari sekarang sehingga 10 Ogos 2025, pelanggan berpeluang menikmati pelbagai hadiah eksklusif bernilai sehingga RM2,196 termasuk rebat tunai RM100 untuk model Reno14 dan Reno14 F terpilih serta hadiah-hadiah tambahan yang boleh didapati di saluran runcit dan dalam talian OPPO yang menyertai promosi ini.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Xbox Project Helix bakal sokong “game” lama menerusi sistem emulator rasmi

    Satu memo dalaman Microsoft yang ditiriskan mendedahkan bahawa mereka sedang membangunkan emulator rasmi untuk menyokong permainan rentas platform. Pembangunan ini bertujuan membolehkan...

    Amazon Prime Video jadi aplikasi strim pertama sokong HDR10+ ADVANCED

    Samsung Electronics mengumumkan bahawa Prime Video menjadi perkhidmatan penstriman pertama yang menawarkan standard paparan HDR10+ ADVANCED secara global bermula Ogos 2026. Ciri...

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured