More

    Apple iPhone 17 Pro dijangka hadir dengan paparan anti-reflektif terbaharu

    Apple dijangka memperkenalkan teknologi paparan baharu yang eksklusif untuk model iPhone 17 Pro dan Pro Max. Berdasarkan sumber, Apple kini telah memulakan pengeluaran kaca paparan anti-reflektif selepas sebelum ini dilaporkan mengalami isu pengeluaran.

    Paparan baharu menggunakan lapisan kaca yang lebih keras dengan ciri anti-reflektif yang bertujuan mengurangkan silau cahaya dan menambah ketahanan terhadap calar. Ciri ini dijangka memberi pengalaman visual yang lebih jelas dan premium terutama dalam situasi pencahayaan terang.

    Walau bagaimanapun, ia hanya akan ditawarkan pada model Pro dan Pro Max sahaja dan tidak akan disertakan dalam varian standard iPhone 17 atau model bajet seperti iPhone 17 Air. Laporan awal pada April 2025 mencadangkan bahawa Apple mungkin membatalkan teknologi ini kerana kadar hasil pengeluaran yang rendah.

    Namun, kemajuan terkini menunjukkan Apple telah berjaya mengatasi cabaran tersebut dan membuka jalan untuk pengenalan paparan baharu dalam barisan iPhone 17 Pro. Langkah ini sejajar dengan strategi Apple untuk membezakan model Pro dengan teknologi eksklusif seperti mana mereka lakukan sebelum ini dengan Dynamic Island, ProMotion dan lensa tetraprisma.

    Ciri paparan anti-reflektif ini dijangka menjadi salah satu tarikan utama menjelang pelancaran rasmi iPhone 17 yang dijangka berlangsung pada September nanti. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: 9to5Mac

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured