More

    Google sahkan pelancaran rasmi siri Pixel 10 pada 20 Ogos ini

    Google secara rasmi mengumumkan bahawa acara tahunan Made by Google akan berlangsung pada 20 Ogos 2025 di New York City dengan pelancaran dijangka bermula pada jam 1 tengah hari waktu tempatan. Acara ini bakal menjadi pentas utama untuk pelancaran siri baharu telefon pintar Pixel 10.

    Antara model yang dijangka diperkenalkan termasuk Pixel 10, Pixel 10 Pro, Pixel 10 Pro XL dan Pixel 10 Pro Fold. Menariknya, model Pixel 10 standard dijangka hadir buat kali pertama dengan kamera telefoto. Untuk model Pro Fold, ia dilaporkan akan tampil dengan bateri lebih besar, penarafan kalis air dan habuk IP68, RAM sehingga 16GB dan cip pemprosesan Tensor G5 3nm.

    Selain telefon pintar, Google juga dijangka memperkenalkan Pixel Watch 4 yang mungkin hadir dalam dua saiz dengan bateri lebih tahan lama. Sementara itu, model fon telinga Pixel Buds 2a yang lebih mampu milik juga dijangka membuat kemunculan dan ditawarkan dalam empat warna menarik seperti Hazel, Strawberry, Iris serta Fog Light.

    Google turut berkemungkinan memperkenalkan aksesori baharu seperti pengecas tanpa wayar Qi2 “Pixelsnap” dan “Pixelsnap Ring Stand”. Seperti biasa, tempahan dijangka dibuka pada hari pelancaran dan penghantaran pertama mungkin bermula sekitar 28 Ogos 2025.

    Kesemua produk baharu ini dijangka hadir dengan Android 16, antara muka Material You (Expressive UI) serta integrasi AI generatif Gemini yang lebih meluas. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan salah satu peranti yang ditawarkan dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: 9to5Google

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...