OPPO baru-baru ini mengumumkan lanjutan kerjasama strategik dengan pengeluar kamera premium Hasselblad dalam usaha membangunkan sistem pengimejan mudah alih generasi baharu untuk peranti akan datang termasuk siri Find X9.
Kerjasama akan memfokuskan kepada penghasilan warna semula jadi, mod potret profesional dan ciri unik seperti mod XPAN yang diinspirasikan daripada kamera filem klasik Hasselblad. OPPO menyatakan objektif mereka adalah menggabungkan kepakaran Hasselblad dalam color science dengan teknologi AI dan keupayaan pengimejan mereka sendiri bagi meningkatkan kualiti gambar pada telefon pintar.

Menurut OPPO, hasil kerjasama bakal dipersembahkan pertama kali pada siri OPPO Find X9 yang dijangka dilancar tahun ini. Sebagai tambahan, OPPO turut mengumumkan penganjuran OPPO Photography Awards 2025 dengan jumlah hadiah melebihi USD100,000. Penyertaan dibuka kepada umum dan akan ditutup pada 20 November 2025.
Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: Tech Advisor






