More

    Sony Malaysia kini buka kedai “flagship” ketiga di IOI City Mall, Putrajaya

    Sony Malaysia hari ini mengumumkan pembukaan kedai flagship ketiganya di IOI City Mall, Putrajaya yang juga merupakan pusat beli-belah terbesar di Lembah Klang Selatan. Majlis pelancaran rasmi akan berlangsung pada 27 Julai 2025 jam 11:30 pagi dengan promosi istimewa sempena pembukaan.

    Kedai baharu yang terletak di aras dua (L2-10) ini menampilkan ruang bertema gaya hidup yang direka khas untuk menghubungkan pelanggan dengan pelbagai kategori produk Sony termasuk kamera, lensa, aksesori fotografi, televisyen BRAVIA, sistem audio BRAVIA Theatre, fon kepala dan konsol PlayStation.

    Bagi memberikan pengalaman yang lebih menyeluruh, sebuah kaunter khidmat pelanggan disediakan untuk urusan selepas jualan, pengambilan produk serta perkhidmatan waranti. Pengunjung juga berpeluang menikmati potongan harga sehingga 70% dalam jualan pembukaan khas serta menyaksikan persembahan eksklusif daripada kumpulan De Fam.

    Kedai ini dibuka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 10 malam selari dengan waktu pembukaan pusat beli-belah IOI City Mall. Sony Malaysia kini mengendalikan tiga Sony Store dan lapan Sony Centre di seluruh negara. Beritahu kami di Facebook jika anda akan hadir ke kedai flagship Sony dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    TECNO tayang telefon skrin 0mm pertama – Tiada lagi bezel hitam!

    TECNO memperlihatkan telefon konsep Next-Gen Bezelless menjelang kemunculan pertamanya di acara IFA 2026. Ia dibangunkan untuk menghapuskan garisan hitam di sekeliling paparan...

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured