More

    KOSPET Magic R10 dan P10 rasmi di Malaysia dengan skrin AMOLED 1,000 Nits, 180 Mod sukan berharga RM699

    Jenama peranti boleh pakai KOSPET hari ini melancarkan dua jam tangan pintar terbaharunya dengan Magic R10 dan Magic P10 secara rasmi dalam pasaran Malaysia yang masing-masing pada harga RM699. Kedua-dua model ini menampilkan skrin AMOLED terang 1,000 nits, reka bentuk premium dan lebih 180 mod kecergasan.

    Magic R10 hadir dengan skrin bulat 1.43 inci AMOLED beresolusi 466×466 manakala Magic P10 menampilkan paparan bujur 1.96 inci dengan resolusi 410×502. Reka bentuk kedua-duanya dilengkapi bezel keluli tahan karat 316L dengan rekaan menepati gaya moden dan tahan lasak.

    Kedua-duanya dikuasakan cip Action3085S dua teras, menyokong Bluetooth 5.3 dan sistem GNSS dwi-jalur (L1+L5) untuk ketepatan lokasi lebih tinggi. Antara ciri kesihatan yang disertakan termasuk pengesanan kadar jantung, SpOâ‚‚, tidur (termasuk REM), tekanan, mood, kitaran haid dan tahap pernafasan.

    Bagi pengguna aktif, KOSPET menawarkan lebih 180 mod sukan dengan teknologi ApexMotionâ„¢ yang memberikan data latihan terperinci untuk pelbagai aktiviti termasuk gaya bebas. Kedua-dua jam ini juga memiliki ketahanan air 5 ATM dan baterinya mampu bertahan sehingga 12 hari penggunaan biasa, 18 jam dalam mod GPS atau 50 hari dalam mod siap sedia.

    Jam tangan ini akan mula dijual di Malaysia pada 21 Julai 2025. Pelanggan terawal boleh menikmati harga promosi RM629 berserta hadiah percuma melalui kedai rasmi di Shopee, Lazada dan TikTok Shop. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan peranti KOSPET tawarkan dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured