More

    Redmi Note 14 SE 5G bakal dilancarkan pada 28 Julai 2025

    Sub-jenama Xiaomi, Redmi bakal melancarkan telefon pintar baharu, Redmi Note 14 SE 5G di India pada 28 Julai 2025 seperti yang didedahkan oleh laman web Flipkart. Peranti ini hadir sebelum pelancaran siri Redmi Note 15 yang dinanti-nantikan dan dijanjikan dengan spesifikasi yang boleh tahan hebat pada harga yang berbaloi.

    Antara spesifikasi yang disahkan termasuk paparan 120Hz, kecerahan puncak 2,100 nits, Corning Gorilla Glass 5 dan pengimbas cap jari di bawah skrin. Telefon ini juga hadir dengan pembesar suara stereo berkembar yang menyokong Dolby Atmos serta dikatakan mempunyai tahap bunyi 300% lebih kuat. Daripada segi kamera, ia dilengkapi kamera utama 50MP dengan sensor Sony Lytia LYT-600 yang menyokong OIS (penstabilan imej optik) untuk tangkapan waktu malam yang lebih baik.

    Di bahagian dalaman, Redmi Note 14 SE 5G dikuasakan oleh cipset MediaTek Dimensity 7025 Ultra dan bateri 5,110mAh. Namun, spesifikasi ini sangat mirip dengan model Redmi Note 14 biasa yang telah dilancarkan pada Disember 2023, mencetuskan persoalan tentang apa yang membezakan versi SE ini. Berkemungkinan ia hanya membawa warna baharu atau sistem audio yang dipertingkatkan. Semua persoalan ini bakal terjawab dalam beberapa hari lagi.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured