More

    BMW iX xDrive60 M Sport Pro dan xDrive45 Sport rasmi di Malaysia dengan perbatuan capai 701 km

    BMW Group Malaysia telah melancarkan tiga model pemasangan tempatan baharu menerusi acara eksklusif The Art of Driving 2025. Tiga model tersebut ialah BMW iX xDrive60 M Sport Pro, BMW iX xDrive45 Sport dan BMW X5 xDrive40i M Sport.

    BMW iX xDrive60 M Sport Pro dan BMW iX xDrive45 Sport tampil sebagai model aktiviti sukan (SAV) serba elektrik yang dilengkapi teknologi eDrive generasi kelima iaitu sistem pacuan semua roda dan kapasiti bateri besar. Varian xDrive60 menawarkan kuasa 544 hp dan jarak pemanduan sehingga 701 km (WLTP) manakala varian xDrive45 menjana 408 hp dengan jarak sehingga 602 km.

    Kedua-duanya menyokong pengecasan pantas DC dan menawarkan jarak tambahan lebih 160 km dalam masa hanya 10 minit. Model ini turut menawarkan kabin premium dengan ciri seperti bumbung kaca panorama, pencahayaan ambien, sistem audio Harman Kardon dan Kokpit Profesional BMW dengan paparan melengkung.

    BMW X5 xDrive40i M Sport pula menandakan kemunculan varian mild hybrid serba baharu dalam rangkaian X5 tempatan. Menampilkan enjin enam silinder sebaris generasi baharu, ia menghasilkan kuasa sehingga 381 hp dan pecutan 0 hingga 100 km/j dalam 5.4 saat. Ia menampilkan sistem suspensi udara dua gandar, kawalan peredam adaptif dan sistem bantuan pemanduan terkini seperti Driving Assistant Professional dan Parking Assistant Professional.

    Kesemua model ini turut dilengkapi dengan BMW Digital Key Plus, sistem akses keselesaan, sambungan pintar melalui aplikasi My BMW dan sokongan untuk kemas kini perisian secara over-the-air. Pelanggan akan menikmati pakej penuh termasuk jaminan lima tahun tanpa had perbatuan, servis percuma, bantuan tepi jalan 24 jam dan perlindungan bateri EV sehingga lapan tahun.

    Harga jualan atas jalan tanpa insurans bermula dari RM425,800 untuk BMW iX xDrive45 Sport, RM469,800 untuk BMW X5 xDrive40i M Sport dan RM487,800 untuk BMW iX xDrive60 M Sport Pro. Melalui inisiatif “Relax. We Care.” dan “All In. Simply Smart.”, BMW turut menawarkan pembiayaan dinamik Easy Drive, rebat tunai sehingga RM8,000 dan perlindungan menyeluruh BMW Protection+.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Google hentikan khidmat Google Assistant mulai 4 September ini

    Google mengumumkan penamatan perkhidmatan Google Assistant pada peranti mudah alih dan peranti boleh pakai bermula 4 September 2026. Mereka telah mula menghantar...

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured