CIMB Bank Berhad dan CIMB Islamic Bank Berhad baru-baru ini melancarkan perkhidmatan pembantu digital (digital assistant) pertama yang bernama Amira.
Pihak CIMB masih belum menjelaskan tentang perkara-perkara yang boleh dilakukan dengan Amira, namun pembantu digital ini akan menghubungi para pelanggan yang terpilih dalam masa terdekat. Ia akan memanggil pelanggan untuk beri peringatan bayaran atau pembaharuan insurans kenderaan.
Perlu diingati bahawa panggilan daripada Amira hanya akan dibuat melalui nombor telefon yang disenaraikan oleh pihak CIMB. Semakan nombor telefon boleh dilakukan dengan melayari Pusat Bantuan Pelanggan di laman web rasmi CIMB.
Adakah anda merupakan pelanggan CIMB yang berminat dengan Amira? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: CIMB







