HUAWEI Malaysia hari ini memperkenalkan dua telefon pintar andalan (flagship) iaitu HUAWEI Pura 80 Pro dan HUAWEI Pura 80 Ultra. Siri telefon ini bukan sahaja mempunyai rekaan yang cantik, tetapi mempunyai kebolehan kamera yang sangat tinggi dengan zum yang boleh hasilkan gambar jelas walaupun pada jarak yang jauh.
Siri HUAWEI Pura 80 mempunyai corak Dazzling Forward Symbol yang mengetengahkan kecantikan warnanya. Pura 80 Ultra ditawarkan dalam warna Prestige Gold dan Golden Black, manakala Pura 80 Pro turut ditawarkan dalam warna merah Glazed Red, putih Glazed White dan hitam Glazed Black.



Untuk kamera, Pura 80 Ultra mempunyai sistem Switchable Dual Telephoto Camera yang menggabungkan lensa telefoto 3.7x dan lensa telefoto 9.4x untuk menawarkan zum yang boleh pergi jauh dan masih mempunyai kualiti gambar yang jelas. Lensa ini digabungkan dengan sensor 1/1.28 inci untuk hasilkan gambar yang jelas walaupun dalam situasi malap.
Kamera utamanya pula mempunyai sensor 1 inci 50MP yang menawarkan jurang dinamik yang lebih tinggi sehingga 15 kali ganda berbanding telefon lain. Nilai apertur lensa pada Pura 80 Ultra boleh berubah antara f/1.6 hingga f/4.0 untuk kawalan cahaya yang lebih halus, manakala Pura 80 Pro mempunyai nilai apertur yang tetap.
Siri telefon ini menawarkan zum optikal sehingga 4x dan zum digital sehingga 100x untuk memudahkan anda ambil gambar jarak jauh.
Selain itu, ia turut mempunyai skrin OLED dengan kecerahan puncak 3,000 nits dan kadar segar semula 120Hz untuk pengalaman tontonan yang cerah dan lancar pada setiap masa. Baterinya pula menyokong kadar pengecasan HUAWEI SuperCharge sehingga 100W dan pengecasan wayarles sehingga 80W.
Berikut adalah spesifikasi penuh untuk siri HUAWEI Pura 80:

HUAWEI Pura 80 Pro
- Skrin OLED 6.8 inci, resolusi 1276×2848, kadar segar semula 120Hz, kecerahan puncak 3,000 nits, kaca Kunlun Glass 2
- RAM 12GB
- Storan dalaman 512GB
- Kamera utama 50MP + kamera ultra-lebar 40MP + kamera telefoto 48MP dengan zum optikal 4x
- Kamera hadapan 13MP
- Bateri 5,170mAh
- Pengecasan pantas 66W, pengecasan wayarles 80W
- Sistem operasi EMUI 15
- Pilihan warna hitam Glazed Black, putih Glazed White, merah Glazed Red
- Rating kalis air IP68 / IP69
- Pengimbas cap jari sisi
- Harga: RM4,599

HUAWEI Pura 80 Ultra
- Skrin OLED 6.8 inci, resolusi 1276×2848, kadar segar semula 120Hz, kecerahan puncak 3,000 nits, kaca Kunlun Glass 2
- Cipset Kirin 9020
- RAM 16GB
- Storan dalaman 512GB
- Kamera utama 50MP + kamera ultra-lebar 40MP + kamera telefoto 48MP dengan zum optikal 4x
- Kamera hadapan 13MP
- Bateri 5,170mAh
- Pengecasan pantas 100W, pengecasan wayarles 80W
- Sistem operasi EMUI 15
- Pilihan warna hitam Glazed Black, emas Prestige Gold
- Rating kalis air IP68 / IP69
- Pengimbas cap jari sisi
- Harga: RM6,599
Siri HUAWEI Pura 80 akan mula dijual di Malaysia pada 2 Ogos 2025. Jika anda membelinya sebelum 31 Disember 2025, anda layak menerima hadiah sehingga RM2,978. Promosi ini hanya boleh didapati sementara stok masih ada di kedai-kedai yang layak dan platform dalam talian HUAWEI yang rasmi.
Ia boleh dibeli di kedai-kedai HUAWEI Experience Stores, laman web HUAWEI Malaysia, Shopee, Lazada dan TikTok Shop. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan siri HUAWEI Pura 80 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.






