WiZ, jenama pencahayaan pintar di bawah Signify telah memperkenalkan rangkaian hiburan TV terkini pada pameran ARCHIDEX 2025. Tumpuan utama ialah WiZ HDMI Sync Box dengan TV Backlight, WiZ Gradient Light Bar dan WiZ Gradient Floor Light yang direka untuk memberikan pengalaman tontonan yang lebih mengujakan.
WiZ HDMI Sync Box dengan TV Backlight membolehkan penyegerakan warna lampu secara langsung dengan kandungan di skrin TV melalui input HDMI. Ia menyokong resolusi hingga 4K@60Hz dan format HDR10+/Dolby Vision. Pemasangan mudah melalui strip lampu RGBIC 3-sisi yang disediakan untuk TV bersaiz 55”-65” dan 75”-85”.

Turut diperkenal:
- WiZ Gradient Light Bar – Bar lampu pelbagai warna untuk kesan pencahayaan dramatik atas meja atau belakang skrin.
- WiZ Gradient Floor Light – Lampu berdiri dengan rekaan ramping untuk sudut bilik yang menawarkan kesan warna pelbagai segmen dan sudut pancaran luas.


Semua produk ini menyokong Matter dan boleh dikawal melalui aplikasi WiZ, suara (Google, Alexa, Siri) atau alat kawalan jauh. Antara ciri utama termasuk keupayaan untuk menyegerakkan lampu secara langsung dengan kandungan TV dan muzik, mikrofon terbina bagi menangkap audio daripada sebarang sumber serta menghasilkan kesan pencahayaan mengikut rentak bunyi.
Pengguna juga boleh memilih daripada pelbagai mod seperti Cinematic, Relaxation dan Rhythmic mengikut suasana yang diinginkan. Selain itu, sistem ini membolehkan sambungan kepada pelbagai lampu WiZ lain dalam satu rangkaian Wi-Fi yang sama untuk pencahayaan yang seragam dan menyeluruh di seluruh ruang.


Harga Malaysia (tempahan melalui Shopee dan pengedar rasmi):
- HDMI Sync Box 55″-65″: RM499
- HDMI Sync Box 75″-85″: RM599
- Gradient Light Bar: RM359
- Gradient Floor Light: RM479
Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan produk terbaharu yang ditawarkan WiZ dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.







