More

    HONOR Pad X7 diperkenal dengan paparan 8.7″ dan bateri 7020mAh berharga ~RM505

    HONOR telah melancarkan Pad X7 iaitu sebuah tablet mesra bajet dengan skrin kompak 8.7 inci yang menyasarkan pengguna kasual dan pelajar. Ia hadir sebagai pilihan mampu milik di bawah barisan tablet sedia ada seperti Pad GT 2 Pro dan Pad 10.

    Tablet ini dilengkapi dengan paparan TFT LCD (IPS) beresolusi 1340 x 800 piksel, kadar segar semula 90Hz dan tahap kecerahan maksimum 625 nits. Skrinnya turut menyokong liputan warna NTSC, kadar kontras 1500:1 dan nisbah skrin ke badan 85%. Daripada segi prestasi, Pad X7 dijana cip Snapdragon 680 (6nm) dengan skor purata 310,000 di AnTuTu v10.

    Ia ditawarkan dengan RAM sehingga 6GB dan storan dalaman 128GB yang boleh ditambah melalui slot microSD. Untuk kamera, tablet ini menawarkan lensa belakang 8MP (f/2.0, auto fokus) dan kamera hadapan 5MP (f/2.2, fokus tetap). Bateri berkapasiti 7020mAh menyokong pengecasan berwayar 10W dan pengecasan berbalik.

    Ia menjalankan sistem operasi Android 15 secara terus dari kotak. Ciri lain termasuk badan belakang logam, berat 365g, sambungan Wi-Fi 5 (dual-band) dan Bluetooth 5.0. Pad X7 ditawarkan pada harga SAR 449 (~RM505) bagi varian 4/128GB. Tiada pengesahan rasmi mengenai ketersediaan global, namun pelancaran lebih meluas dijangka menyusul seperti model sebelumnya.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan HONOR Pad X7 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: GSMArena

     

    Artikel Terkini

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    OPPO ColorOS 17 dilancar secara global dengan UI Living Flow, jaminan lancar 6 tahun

    OPPO hari ini melancarkan sistem operasi terbaharu iaitu ColorOS 17 untuk pasaran global dengan fokus terhadap rekaan visual Living Flow dan integrasi...

    Samsung pamer peralatan rumah berasaskan AI, termasuk penyaman udara baharu 2027

    Samsung Electronics mempamerkan rangkaian kelengkapan rumah dan penyelesaian perniagaan berasaskan AI menerusi acara The Brief 2026 di Hanoi, Vietnam. Antara produk yang...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...