More

    Kerajaan kaji larangan akaun media sosial untuk kanak-kanak bawah 13 tahun

    Kementerian Komunikasi sedang meneliti cadangan untuk melarang kanak-kanak bawah 13 tahun daripada memiliki akaun media sosial. Langkah ini susulan kebimbangan terhadap keselamatan dalam talian dan pendedahan kepada kandungan tidak sesuai.

    Menurut Fahmi Fadzil, ramai murid sekolah rendah dikesan menggunakan aplikasi seperti TikTok, walaupun melanggar syarat umur minimum platform tersebut. Antara Januari 2022 hingga Julai 2025, sebanyak 1,443 kandungan melibatkan eksploitasi kanak-kanak telah diambil tindakan oleh pihak berkuasa.

    Sebagai langkah tambahan, kerajaan turut merancang modul literasi digital untuk remaja berumur 13 tahun ke atas bagi meningkatkan kesedaran tentang keselamatan dan penggunaan bertanggungjawab dalam talian.

    Cadangan itu masih dalam peringkat kajian dan belum dimuktamadkan. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: The Star

     

    Artikel Terkini

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Google hentikan khidmat Google Assistant mulai 4 September ini

    Google mengumumkan penamatan perkhidmatan Google Assistant pada peranti mudah alih dan peranti boleh pakai bermula 4 September 2026. Mereka telah mula menghantar...

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured