More

    ASUS V400 kini tersedia di Malaysia dengan Intel Core i7, skrin sentuh dan Dolby Atmos bermula RM3,799

    ASUS Malaysia baru-baru ini telah melancarkan siri komputer semua-dalam-satu (All-in-One, AiO) V400 yang terdiri daripada model 24 inci (V440VA) dan 27 inci (V470VA). Siri ini direka khas untuk pengguna moden sama ada di rumah mahupun di tempat kerja dengan gabungan rekaan minimalis, paparan cantik dan prestasi hebat.

    ASUS V400 AiO dilengkapi dengan paparan sentuh NanoEdge FHD dengan kadar segar semula 75Hz disertai 100% liputan warna sRGB dan pensijilan TÜV Rheinland untuk keselesaan mata. Bezel nipis memberikan nisbah skrin ke badan sehingga 93% menjadikan visual lebih luas dan memuaskan.

    Daripada segi prestasi, ia dijana pemproses hingga Intel Core i7-13620H, memori DDR5 16GB dan storan SSD sehingga 1TB. Ciri audio juga dititikberatkan dengan pembesar suara stereo berkuasa dan sokongan Dolby Atmos serta rekaan bass-refleks. Kamera boleh sorok dengan teknologi ASUS AiSense pula memberikan privasi serta kualiti panggilan video lebih baik.

    Turut dimuatkan ialah ciri ASUS AI ExpertMeet dengan sokongan kecerdasan buatan. Untuk sambungan fizikal, ASUS V400 AiO dilengkapi pelbagai port yang praktikal. Pada bahagian belakang, ia menempatkan satu port HDMI-out, tiga port USB 3.2 Type-A, satu port USB-C, port LAN RJ45 dan input kuasa.

    Manakala pada bahagian sisi pula terdapat satu port USB 2.0 Type-A, satu bicu audio kombo untuk fon kepala atau mikrofon serta slot kunci Kensington untuk keselamatan tambahan. Menambah kepada kemudahan penggunaan, setiap unit turut didatangkan bersama papan kekunci dan tetikus wayarles.

    Harga bermula daripada RM3,799 dan setiap pembelian didatangkan dengan waranti perkhidmatan di tapak selama tiga tahun. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi ASUS Malaysia di sini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Nothing Headphone (1) Pro diumum: Tiga pemandu audio, binaan premium dan bateri tahan 68...

    Nothing melancarkan fon telinga mercu over-ear terbaharu mereka, Nothing Headphone (1) Pro. Model baharu ini membawakan peningkatan daripada segi sistem audio, keupayaan...

    Siri HONOR Magic9 dilancar di China — Dua kamera 200MP ARRI dan bateri 11,000mAh

    HONOR melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di China yang merangkumi tiga model iaitu HONOR Magic9, Magic9 Super Edition dan Magic9 Pro...

    BeONE Mobile lancar pelan prabayar 5G dikuasakan Maxis bermula RM25/bulan

    BeONE Mobile melancarkan perkhidmatan prabayar baharu di Malaysia sebagai pengendali rangkaian mudah alih maya (MVNO) yang beroperasi atas rangkaian Maxis. Sebelum ini...

    Tak nak beratur panjang untuk ambil ubat? KKM kini ada aplikasi baharu MyUBAT

    Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menawarkan aplikasi telefon pintar MyUBAT untuk memudahkan dan mempercepatkan urusan pendaftaran serta pengambilan bekalan ubat susulan pesakit dari...

    Adakah pencetak 3D berbaloi untuk dibeli pada tahun 2026?

    Pencetak 3D kini ditawarkan pada harga lebih terjangkau berbanding sedekad lalu dengan model paras asas dijual antara RM650 hingga RM1,500 manakala model...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured