More

    HONOR Magic V5 kini serendah RM70 sebulan dengan pelan telco pilihan

    Telefon boleh lipat ultra nipis terbaharu HONOR Magic V5 kini lebih mudah dimiliki oleh rakyat Malaysia menerusi pelan pascabayar syarikat telekomunikasi utama negara. Ditawarkan serendah RM70 sebulan, pengguna boleh memilih pakej langganan daripada Yes, CelcomDigi, Maxis dan U Mobile bergantung kepada kesesuaian bajet dan keperluan.

    Melalui pelan Yes 5G, HONOR Magic V5 boleh dimiliki serendah RM70 sebulan yang menjadikannya pilihan paling rendah di pasaran buat masa ini. Sementara itu, CelcomDigi menawarkan harga RM126 sebulan menerusi pelan CelcomDigi One Ultraâ„¢ Pro manakala Maxis menyediakan pilihan serendah RM135 sebulan.

    Bagi pengguna U Mobile, peranti ini ditawarkan pada kadar RM139 sebulan tanpa memerlukan bayaran pendahuluan. Untuk makluman, ia dijual pada harga tanda harga rasmi iaitu RM6,999. HONOR Magic V5 dilengkapi cip Snapdragon 8 Elite, RAM 16GB, storan 512GB dan bateri berkapasiti 5,820mAh. Sistem kamera menampilkan sensor 64MP Telefoto Periskop dengan keupayaan zum sehingga 100x.

    Reka bentuk juga dipertingkat dengan struktur skrin, badan dan engsel lebih kukuh lengkap dengan penarafan IP58 serta IP59 untuk perlindungan daripada debu dan air. Untuk maklumat lanjut, layari laman rasmi HONOR. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Model AI China GLM-5.2 pintas Claude Fable 5 dalam reka bentuk laman web

    Z.ai menerusi model AI terbaharunya, GLM-5.2, dilaporkan berjaya meraih kedudukan pertama dalam carta Design Arena bagi kategori reka bentuk web HTML satu...

    CMF sah batalkan pelancaran Phone 3 Pro akibat krisis kos RAM global

    CMF, sub-jenama di bawah Nothing, dilaporkan mengambil keputusan drastik apabila memilih untuk tidak memperkenalkan telefon pintar baharu sepanjang tahun 2026. Menurut pengasas...

    Nak iPhone paling “rare”? Caviar jual panel belakang dengan fosil T-Rex berharga RM19,000

    Caviar mengumumkan koleksi aksesori terbaharu untuk pengguna Apple menerusi siri Genesis iaitu panel belakang magnetik premium yang direka khas untuk iPhone 17...

    HONOR X80 Pro Max bakal tiba sebagai telefon pertama dunia dengan paparan 10,000 nits

    HONOR kini mengesahkan beberapa ciri utama untuk HONOR X80 Pro Max menjelang pelancaran rasmi pada 22 Jun ini. Paling mencuri perhatian, peranti...

    Era iPhone murah dah habis? Apple akui kenaikan harga sukar dielak

    Apple mungkin akan menaikkan harga beberapa produknya pada masa akan datang selepas Ketua Pegawai Eksekutif, Tim Cook, mengakui bahawa kenaikan harga kini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan vivo X300 Pro – Kamera ZEISS generasi baru untuk vivo!

    Dengan 2025 yang semakin hampir kepada penamatnya, vivo Malaysia tidak ketinggalan untuk melancarkan telefon pintar flagship generasi seterusnya dengan melancarkan vivo X300...