More

    GIGABYTE perkenal AERO X16 dan GAMING A16 di Malaysia, harga bermula RM3,399

    GIGABYTE hari ini mengumumkan pelancaran rasmi dua komputer riba berkuasa AI untuk pasaran Malaysia iaitu GIGABYTE AERO X16 dan GAMING A16. Ia adalah tambahan kepada barisan produk AI PC 2025 daripada GIGABYTE.

    Kedua-dua model kini boleh didapati di pengedar sah dan platform dalam talian terpilih bermula 1 Ogos. Dilengkapi kad grafik NVIDIA GeForce RTX 50 Series Laptop GPU, kedua-dua model ini juga menyokong teknologi AI GIGABYTE GiMATE bagi kawalan sistem pintar dan penjimatan tenaga.

    AERO X16

    GIGABYTE AERO X16 tampil dengan rekaan nipis 16.75mm dan berat hanya 1.9kg. Ia dikuasakan pemproses AMD Ryzen AI 7 350, GPU sehingga RTX 5070 Laptop GPU dan model ini turut menyokong MUX Switch, paparan 16″ WQXGA Pantone Validated 165Hz serta bateri berkapasiti 76Wh yang mampu bertahan sehingga 12 jam.

    Ciri unik AERO X16 termasuk GiMATE AI Agent yang membolehkan kawalan suara “Press & Speak”, privasi pintar dan integrasi alatan AI seperti Cocreator serta Generative Fill. Model ini juga disertakan dengan sistem penyejukan WINDFORCE Infinity serta pembesar suara Dolby Atmos. Harga rasmi untuk AERO X16 ialah RM7,299 untuk RTX 5070 dan RM6,199 untuk RTX 5060.

    GAMING A16

    Model GIGABYTE GAMING A16 pula menyasarkan pemain kasual dan pelajar dengan berat sekitar 2.2kg dan skrin WUXGA 165Hz 16 inci. Ia hadir dalam beberapa konfigurasi dengan GPU sehingga RTX 5070 Laptop GPU dan menggunakan pemproses Intel Core i7-13620H atau i5-13420H bergantung pada model.

    Antara ciri lain termasuk hinge 180° untuk kerjasama fleksibel, papan kekunci Golden Curvature dengan keycaps besar dan travel 1.7mm serta sistem penyejukan pintar WINDFORCE dengan Icy Touch Zone. Harga rasmi untuk GAMING A16:

    • RTX 5070: RM6,799
    • RTX 5060: RM5,499
    • RTX 5050: RM4,899
    • RTX 4050 (i7): RM3,699
    • RTX 4050 (i5): RM3,399

    Sempena sambutan Hari Kebangsaan, GIGABYTE turut menawarkan promosi eksklusif Merdeka bermula 1 Ogos hingga 30 September 2025. Pembeli akan menerima hadiah percuma termasuk beg galas gaming dan barangan tambahan yang boleh ditebus dalam talian.

    Untuk setiap pembelian AERO X16, pembeli akan menerima beg galas eksklusif percuma, kredit eWallet Touch ’n Go RM150 dan figurin AORUS CHIBI (penebusan dalam talian) manakala pembelian GAMING A16 pula menawarkan beg galas eksklusif percuma dan tetikus gaming (penebusan dalam talian).

    "
    "

    Promosi ini boleh didapati di kedai seperti EIT Store, BRIGHTSTAR, VIT, WIT, PC Image, GIGABYTE Flagship Store dan platform atas talian terpilih. Untuk maklumat lanjut, layari laman rasmi GIGABYTE Malaysia atau promosi di sini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Xbox Project Helix bakal sokong “game” lama menerusi sistem emulator rasmi

    Satu memo dalaman Microsoft yang ditiriskan mendedahkan bahawa mereka sedang membangunkan emulator rasmi untuk menyokong permainan rentas platform. Pembangunan ini bertujuan membolehkan...

    Amazon Prime Video jadi aplikasi strim pertama sokong HDR10+ ADVANCED

    Samsung Electronics mengumumkan bahawa Prime Video menjadi perkhidmatan penstriman pertama yang menawarkan standard paparan HDR10+ ADVANCED secara global bermula Ogos 2026. Ciri...

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured