Siri HUAWEI Pura 80 kini tersedia untuk dibeli secara rasmi di seluruh Malaysia dan ditawarkan dalam dua model iaitu Pura 80 Pro dan Pura 80 Ultra. Siri ini menekankan keupayaan fotografi profesional dan rekaan premium.
Pura 80 Ultra menampilkan kamera Switchable Dual Telephoto pertama industri yang membolehkan pengguna menukar antara zum optikal 3.7x dan 9.4x menggunakan satu sensor bersaiz besar. Ia turut dilengkapi kamera 50MP HDR Ultra Lighting 1 inci dengan dynamic range 16EV serta Triple Light Enhancement untuk hasil gambar yang terang, tajam dan seimbang.


Sementara itu, Pura 80 Pro hadir dengan kamera Telefoto Makro F2.1 yang menyokong 4x zum optikal dan 100x digital. Turut disertakan kamera utama 50MP Ultra Lighting dengan sensor 1 inci untuk prestasi terbaik dalam cahaya rendah.
Harga jualan bermula RM4,599 dan pembeli awal akan menerima hadiah eksklusif bernilai hingga RM1,428 termasuk FreeBuds Pro 4 dan perlindungan HUAWEI Care+ selama setahun. Peranti boleh didapati di semua HUAWEI Experience Store, laman rasmi Huawei, Shopee, Lazada, TikTok Shop serta rakan telco seperti Maxis dan U Mobile.

Tambahan, pembelian sepanjang 2 Ogos hingga 31 Disember 2025 melayakkan pengguna menebus hadiah bernilai hingga RM2,978, tertakluk kepada stok dan siapa cepat dia dapat. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.







