More

    OpenAI lancar GPT-5 dengan peningkatan besar, boleh digunakan secara percuma

    OpenAI secara rasmi melancarkan GPT-5, model AI paling canggih setakat ini yang hadir dengan peningkatan ketara dari segi kelajuan, ketepatan, reasoning dan keselamatan. Berbeza dengan pelancaran sebelum ini, GPT-5 kini boleh digunakan serta-merta oleh semua pengguna termasuk mereka yang menggunakan pelan percuma.

    Model ini kini menjadi sistem reasoning lalai dalam ChatGPT yang mampu menyelesaikan masalah kompleks dan memberikan jawapan tahap pakar dalam pelbagai topik. Ketua Pegawai Eksekutif, Sam Altman menggambarkan peningkatan ini sebagai satu lonjakan besar, ibarat peralihan skrin iPhone daripada piksel kasar kepada paparan Retina.

    Terdapat tiga variasi model yang ditawarkan iaitu GPT-5 untuk penggunaan umum, GPT-5 mini (digunakan apabila pengguna percuma atau Plus mencapai had penggunaan) dan GPT-5 Pro, eksklusif untuk pelanggan pelan Pro bernilai $200 sebulan. GPT-5 jauh lebih pantas dan tepat berbanding model terdahulu, o3 dengan OpenAI mendakwa pengurangan sebanyak 80% dalam kesilapan fakta semasa menjawab soalan berasaskan penaakulan.

    Ini memberikan pengalaman pengguna yang lebih lancar dan boleh dipercayai, terutamanya dalam topik yang kompleks seperti pengekodan dan penyelidikan. Ciri utama yang diperkenalkan dalam GPT-5 ialah Safe Completions yang direka untuk memberi jawapan berguna tanpa menjejaskan keselamatan, walaupun berdepan soalan yang sensitif atau berpotensi berbahaya. Berbanding model terdahulu yang hanya akan menolak soalan berisiko, GPT-5 kini memberikan maklumat umum yang tidak boleh disalahguna.

    Ia juga menunjukkan prestasi yang lebih baik dalam menjawab soalan berkaitan kesihatan, dengan jawapan yang lebih tepat dan disesuaikan mengikut tahap pengetahuan serta lokasi pengguna sambil mengingatkan mereka untuk merujuk kepada pakar perubatan.

    Selain model baharu, OpenAI turut memperkenalkan beberapa ciri tambahan dalam ChatGPT. Pengguna kini boleh menukar warna perbualan, menyambungkan ChatGPT dengan akaun Google seperti Gmail, Kalendar dan Kenalan serta mencuba pilihan perwatakan seperti “cynic” atau “nerd” untuk pengalaman interaksi yang lebih peribadi.

    Fungsi Advanced Voice turut dikemas kini dengan pemahaman suara yang lebih baik dan gaya pertuturan yang lebih responsif. Walaupun GPT-5 masih belum mencapai tahap kecerdasan umum buatan (AGI) sepenuhnya, Altman menyifatkan ia sebagai langkah besar ke arah itu, membawa kita semakin hampir kepada AI yang benar-benar berkeupayaan dan pintar.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Engadget

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Apple perkenal AirPods 5: ANC, IP57 dan kawalan gerak kepala bermula RM599

    Apple secara rasmi melancarkan AirPods 5 untuk pasaran Malaysia. Fon telinga jenis terbuka ini hadir dalam dua varian iaitu model standard dan...

    Apple iPhone Duo turut rasmi dengan skrin lipat 7.6″, cip A20 Pro bermula RM9,499

    Apple secara rasmi mengumumkan iPhone Duo sebagai telefon lipat pertama dalam barisan peranti mereka. Peranti ini hadir dengan reka bentuk boleh lipat...

    Siri Apple iPhone 18 Pro rasmi dengan aperture boleh laras, cip A20 Pro 2nm...

    Apple secara rasmi mengumumkan iPhone 18 Pro dan iPhone 18 Pro Max bagi pasaran Malaysia. Kedua-dua model mengekalkan saiz skrin OLED Super...

    Nothing Phone (4b) dan Ear (3a) kini tersedia untuk tempahan di Malaysia

    Nothing mengumumkan pelancaran peranti Nothing Phone (4b) dan fon telinga Nothing Ear (3a) untuk pasaran Malaysia. Tempahan secara dalam talian dibuka bermula...

    Oppo A7 Pro dilancar dengan bateri 8,000mAh, paparan OLED 120Hz dan kamera 50MP

    OPPO melancarkan telefon pintar terbaharu iaitu OPPO A7 Pro secara rasmi di China yang dipasarkan untuk segmen kelas pertengahan dengan fokus utama...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured