More

    Redmi 15 5G tiba di Malaysia dengan SD 6s Gen 3, bateri 7,000 mAh dan skrin 144Hz berharga RM729

    Xiaomi hari ini mengumumkan pelancaran rasmi Redmi 15 5G dalam pasaran Malaysia. Ia adalah telefon pintar baharu dalam siri mampu milik yang menumpukan kepada ketahanan bateri, pengalaman visual yang lebih memuaskan dan ciri berasaskan AI. Redmi 15 5G dilengkapi bateri 7,000mAh iaitu kapasiti terbesar yang pernah ditawarkan oleh Xiaomi untuk pasaran global.

    Ia menyokong pengecasan pantas 33W serta pengecasan berbalik 18W. Dengan teknologi Smart Charging Engine 2.0 dan Battery Health 4.0, pengguna boleh menjangkakan prestasi bateri yang tahan lama. Malah, pada tahap bateri 1%, peranti masih mampu bertahan sehingga 59 minit untuk panggilan atau 7.5 jam dalam mod sedia.

    Paparan peranti menggunakan skrin 6.9 inci FHD+ dengan kadar segar semula sehingga 144Hz dan kadar pensampelan sentuhan 288Hz. Paparan ini turut disahkan oleh TÜV Rheinland untuk ciri Low Blue Light, Flicker-Free dan Circadian Friendly. Daripada segi rekaan, ia hadir dengan kemasan logam, bahagian belakang berlengkung dan penarafan IP64.

    Ciri Wet Touch Technology 2.0 turut disertakan untuk membolehkan penggunaan lancar walaupun dengan jari yang basah. Redmi 15 5G dikuasakan oleh cip Snapdragon 6s Gen 3 yang menyokong rangkaian 5G. Ia turut menyokong pengembangan RAM secara maya sehingga 16GB dan storan boleh ditambah melalui kad microSD sehingga 2TB.

    Sistem kamera belakang terdiri daripada kamera utama 50MP dengan ciri AI seperti AI Erase, AI Sky dan Dynamic Shots untuk kemudahan penyuntingan pantas. Peranti ini juga menyokong audio berdefinisi tinggi melalui Hi-Res Audio dan Dolby Atmos bersama peningkatan kekuatan bunyi sehingga 200 peratus. Peranti ini dijana oleh Xiaomi HyperOS 2 dengan sokongan ciri pintar seperti Circle to Search, integrasi Google Gemini dan Xiaomi Interconnectivity.

    Redmi 15 5G kini tersedia di pasaran Malaysia pada harga RM729 untuk varian 8GB RAM dengan storan dalaman 256GB. Ia ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu Ripple Green, Titan Gray dan Midnight Black dan boleh dibeli melalui kedai rasmi Xiaomi serta laman mi.com. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Nothing Phone (4b) dan Ear (3a) kini tersedia untuk tempahan di Malaysia

    Nothing mengumumkan pelancaran peranti Nothing Phone (4b) dan fon telinga Nothing Ear (3a) untuk pasaran Malaysia. Tempahan secara dalam talian dibuka bermula...

    Oppo A7 Pro dilancar dengan bateri 8,000mAh, paparan OLED 120Hz dan kamera 50MP

    OPPO melancarkan telefon pintar terbaharu iaitu OPPO A7 Pro secara rasmi di China yang dipasarkan untuk segmen kelas pertengahan dengan fokus utama...

    MediaTek Helio G99+ diperkenal untuk peranti mampu milik dengan RAM LPDDR5X

    MediaTek secara rasmi menyenaraikan pemproses cip 4G baharu iaitu Helio G99+ pada laman web rasmi mereka. Langkah ini diambil bagi memastikan kelangsungan...

    HUAWEI Pura X View dilancar dengan skrin lebar 16:9.5, bateri 7,000mAh dan kamera 200MP...

    HUAWEI secara rasmi mengumumkan harga dan ketersediaan HUAWEI Pura X View selepas memperkenalkannya secara ringkas bulan lalu. HUAWEI Pura X View menampilkan...

    Xiaomi 18 Fold tiba dengan reka bentuk “Mid-Fold”, cip XRING O3 dan RAM LPDDR6

    Xiaomi melancarkan telefon pintar lipat terbaharu Xiaomi 18 Fold di China yang menampilkan rekaan yang dinamakan sebagai "mid-fold" iaitu gabungan saiz antara...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured