More

    Sistem MyDebit CIMB Bank akan tergendala pada 16 & 17 Ogos 2025

    Jika anda merupakan seorang pemilik kad debit daripada CIMB Bank, perlu diketahui bahawa sistem MyDebit CIMB tidak boleh digunakan pada dua hari yang telah ditetapkan oleh pihak bank pada bulan ini.

    Dua hari tersebut merupakan:

    • Sabtu, 16 Ogos 2025 jam 12:00 tengah malam hingga 8:00 pagi
    • Ahad, 17 Ogos 2025 jam 12:00 tengah malam hingga 5:00 pagi

    Pihak CIMB Bank tidak menyatakan sebab perkhidmatan MyDebit tidak disediakan pada waktu ini, namun besar kemungkinan ini adalah usaha-usaha menyelenggara sistemnya.

    Sebagai rujukan, MyDebit adalah perkhidmatan khas yang membenarkan anda menggunakan kad debit untuk melakukan pembayaran di kedai-kedai fizikal. Memandangkan tempoh yang ditetapkan ini adalah pada waktu malam, mungkin ia tidak akan menjejaskan urusan harian anda dengan ketara.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: CIMB

     

    Artikel Terkini

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    TECNO tayang telefon skrin 0mm pertama – Tiada lagi bezel hitam!

    TECNO memperlihatkan telefon konsep Next-Gen Bezelless menjelang kemunculan pertamanya di acara IFA 2026. Ia dibangunkan untuk menghapuskan garisan hitam di sekeliling paparan...

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured