More

    Red Magic Astra dilancar: Tablet ‘gaming’ 165Hz dengan Snapdragon 8 Elite bermula ~RM2,580

    Red Magic kini telah melancarkan tablet gaming kompak terbaharu mereka, Red Magic Astra ke pasaran global selepas tempoh pra-tempahan yang agak panjang. Peranti yang pertama kali diperkenalkan bulan lalu ini kini boleh didapati di rantau seperti Amerika Syarikat, Eropah dan beberapa pasaran lain.

    Direka khusus untuk peminat permainan, Astra hadir dengan skrin OLED bersaiz 9.06 inci beresolusi 2400 x 1504, kadar segar semula 165Hz dan kecerahan puncak sehingga 1600 nits. Ia juga menerima pensijilan TÜV Rheinland untuk mengurangkan ketegangan mata ketika sesi permainan yang panjang.

    Dikuasakan oleh cip Snapdragon 8 Elite daripada Qualcomm, tablet ini dipadankan dengan RAM sehingga 25GB dan storan pantas UFS 4.1 Pro sehingga 1TB, memastikan prestasi lancar untuk permainan yang berat. Red Magic Astra menjalankan sistem operasi Android 15 bersama antara muka khas RedMagic OS 10.5 dan enjin permainan Cube Game Engine bagi pengalaman gaming yang dioptimumkan.

    Ia dilengkapi bateri 8,200mAh dengan sokongan pengecasan pantas 80W serta mod pengecasan pintas (bypass charging) untuk mengawal suhu ketika bermain. Sistem audio menggunakan pembesar suara stereo berkembar dengan sokongan audio spatial, manakala sambungan termasuk Wi-Fi 7, Bluetooth 5.4, USB Type-C 3.2 Gen 2 dan pengimbas cap jari di sisi.

    Ditawarkan dalam dua warna menarik iaitu Eclipse Black dan Starfrost Silver dalam tiga varian, 12GB + 256GB berharga $549 (~RM2,580), 16GB + 512GB pada $699 (~RM3,285), dan varian tertinggi 24GB + 1TB pada $899 (~RM4,225). Gabungan spesifikasi berkuasa, ciri mesra gamer dan rekaan premium menjadikan Astra antara calon kuat dalam pasaran tablet gaming berprestasi tinggi.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...