More

    realme mungkin pertontonkan telefon dengan bateri 10,000mAh pada 27 Ogos ini

    realme sedang bersedia untuk membawa ketahanan bateri telefon pintar ke tahap baharu. Pada Mei 2025 lalu, syarikat itu telah memperkenalkan realme GT Concept Phone dengan bateri gergasi 10,000mAh. Kini, realme dilihat ingin melangkah lebih jauh. Pada 21 Ogos 2025, jenama tersebut memuat naik satu teaser dengan slogan “THE BIGGEST JUST GOT EVEN BIGGER”.

    Melalui perkongsian oleh eksekutif tertinggi Realme, mereka mengesahkan bahawa sebuah telefon pintar baharu dengan kapasiti bateri melebihi 10,000mAh sedang dibangunkan. Ada laporan yang menyatakan bahawa telefon pintar ini mungkin hadir dengan bateri 12,000mAh, sesuatu yang sangat mengagumkan berbanding telefon arus perdana seperti iPhone 16 yang hanya sekitar 3,500mAh.

    Walaupun sebelum ini sudah ada model dengan bateri besar, kebanyakannya terlalu tebal dan tidak praktikal untuk kegunaan harian. Jika realme berjaya mengimbangkan kapasiti besar ini dengan reka bentuk yang sesuai, ia berpotensi menetapkan penanda aras baharu dalam industri. Dengan “perlumbaan bateri” kini menjadi trend terkini dalam dunia telefon pintar, semua mata kini tertumpu pada acara pelancaran realme pada 27 Ogos 2025 untuk melihat kejutan yang bakal dibawakan.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    Samsung janji 5 tahun sokongan kemas kini Untuk Galaxy Watch9 Dan Watch Ultra2

    Samsung secara rasmi mengumumkan peningkatan polisi sokongan perisian bagi jam tangan pintar terbaharunya iaitu Galaxy Watch9 dan Galaxy Watch Ultra2 sewaktu acara...

    Qualcomm bakal lancar SD 8 Elite Gen 5 lebih murah untuk telefon “flagship killer”

    Qualcomm didakwa sedang menghasilkan versi baharu bagi cipset Snapdragon 8 Elite Gen 5 yang dijadualkan dilancarkan ke pasaran lewat tahun ini. Cip...

    Google kini benarkan log masuk akaun guna video selfie

    Google secara rasmi memperkenalkan kaedah log masuk baharu menerusi rakaman video selfie bagi pengguna yang terputus akses atau terkunci daripada Akaun Google...

    Siri HUAWEI Pura 90s tersedia di Malaysia — Dilengkapi kamera 200MP bermula RM3,699

    HUAWEI secara rasmi melancarkan siri HUAWEI Pura 90s dan fon telinga terbuka HUAWEI FreeClip 2 S untuk pasaran Malaysia. Model utama HUAWEI...

    HMD mahu hidupkan semula pengalaman Nokia Lumia pada Android

    HMD Global dilaporkan sedang menguji antaramuka pengguna berasaskan rekaan tile yang menyerupai konsep Live Tiles daripada era Lumia dan Windows Phone. Maklumat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...