More

    Anda dijemput cuba MyGOV, aplikasi khas untuk semua perkhidmatan kerajaan

    Pada bulan Jun lalu, kerajaan Malaysia mengumumkan bahawa mereka akan memperkenalkan MyGOV iaitu sebuah aplikasi khas yang akan menghimpunkan segala perkhidmatan kerajaan dalam satu tempat. Ini bagi memudahkan anda dalam menangani pelbagai urusan rasmi dan mengurangkan jumlah aplikasi kerajaan lain yang perlu dimuat turun.

    Kini, kerajaan telah mengumumkan versi Beta untuk MyGOV buat kali pertama dan orang ramai dijemput untuk memuat turun dan mencuba aplikasi ini. Dengan slogan “Aplikasi Rakyat Untuk Rakyat”, ia direka khas untuk menyediakan 34 perkhidmatan kerajaan buat masa ini, seperti:

    • Dokumen digital: MyKAD, Lesen Memandu, Cukai Jalan, Pasport, kad Orang Kurang Upaya (OKU)
    • MySejahtera: Temujanji klinik, imunisasi, rawatan gigi, pemantauan kesihatan
    • Saman trafik
    • Chatbot berkuasakan kecerdasan buatan (AI) dan banyak lagi

    Aplikasi ini dibangunkan oleh kerajaan sendiri melalui Jabatan Digital Negara (JDN) tanpa sebarang vendor luaran bagi mencerminkan kedaulatan digital negara serta membina, memiliki dan mengawal infrastruktur digital kebangsaan kita sendiri.

    Buat masa ini, masih terdapat pelbagai fungsi-fungsi yang tidak ditawarkan dalam MyGOV (sekadar ditulis sebagai “Akan Datang” untuk sesetengah fungsi) dan mereka masih perlu berbincang dengan pelbagai agensi kerajaan untuk menawarkannya. Sebagai contoh:

    • Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk permohonan menggantikan MyKAD
    • Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk memperbaharui lesen memandu, lesen kenderaan motor dan pembayaran kompaun
    • Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk pembayaran saman
    • Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) untuk pembaharuan pasport Malaysia

    Aplikasi ini juga dibina dengan kerjasama CyberSecurity Malaysia (CSM) supaya keselamatan data rakyat akan dilindungi dengan kukuh. Pendaftaran pengguna akan dilakukan dengan MyDigital ID untuk pengesahan identiti.

    Versi Beta MyGOV akan dilancar secara rasmi pada 23 Ogos 2025 oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Buat masa ini, anda sudah boleh memuat turun aplikasi MyGOV versi Beta daripada Apple App Store atau Google Play Store.

    Kongsi pendapat anda tentang aplikasi ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Peti ais untuk manusia ‘Do Hiemon Box’ dilancar di Jepun dengan harga ~RM43,260

    Syarikat pengeluar peti ais dan mesin layan diri dari Jepun, SDRS, bersama pembekal peralatan industri Trusco Nakayama telah memperkenalkan Do Hiemon Box....

    Pembelian Warner Bros oleh Paramount digantung 14 hari susulan saman 12 negeri

    Hakim persekutuan di California telah mengarahkan Paramount Skydance dan Warner Brothers Discovery untuk menangguhkan penggabungan mereka secara sementara. Keputusan ini dibuat bagi...

    Google lancarkan Gemini 3.6 Flash, 3.5 Flash-Lite dan 3.5 Flash Cyber

    Google secara rasmi memperkenalkan tiga model kecerdasan buatan (AI) baharu iaitu Gemini 3.6 Flash, Gemini 3.5 Flash-Lite dan Gemini 3.5 Flash Cyber....

    Storan akaun Google kini masukkan sekali SMS, sejarah panggilan dan sandaran telefon

    Google telah mula menghantar pemberitahuan kepada pengguna mengenai perubahan penggunaan ruang storan Google Account. Melalui kemas kini baharu, semua data sandaran peranti...

    Samsung Display perkenal panel tandem OLED pertama dengan pensijilan True Black 1400

    Samsung Display secara rasmi mula membekalkan panel tandem OLED baharu untuk laptop yang melepasi pensijilan VESA DisplayHDR True Black 1400. Piawaian baharu...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured