More

    ROG Xbox Ally dan Ally X tersedia di Malaysia bermula 16 Oktober ini

    ASUS Republic of Gamers (ROG) hari ini mengumumkan dua konsol mudah alih terbaharu ROG Xbox Ally dan ROG Xbox Ally X yang bakal dijual di lebih 30 negara termasuk Malaysia bermula 16 Oktober 2025. Harga dan tempahan akan diumumkan dalam minggu-minggu akan datang.

    Kedua-dua peranti dibangunkan bersama Xbox dengan sokongan program Handheld Compatibility yang memastikan ribuan game PC diuji untuk prestasi terbaik. Xbox turut memperkenalkan ciri shader preloading yang membolehkan game dilancar sehingga 10 kali lebih pantas dan lebih jimat bateri. ROG Xbox Ally hadir dengan cip AMD Ryzen Z2 A, RAM 16GB, storan SSD 512GB dan bateri 60Wh.

    ROG Xbox Ally X pula menggunakan AMD Ryzen AI Z2 Extreme dengan RAM 24GB, storan SSD 1TB dan bateri lebih besar 80Wh. Model Ally X juga dilengkapi NPU terbina untuk menyokong fungsi AI seperti Auto Super Resolution dan rakaman automatik highlight gameplay mulai tahun depan.

    Kedua-dua model akan dipertontonkan buat kali pertama di Gamescom 2025 lengkap dengan judul seperti DOOM: The Dark Ages, Final Fantasy VII Remake Intergrade, Gears of War: Reloaded, Lies of P dan Hogwarts Legacy. Beritahu kami di Facebook jika anda bakal memilikinya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured