More

    Bas, tren Rapid KL akan beroperasi selama 24 jam sempena sambutan Hari Kebangsaan

    Prasarana Malaysia Berhad baru-baru ini mengumumkan bahawa beberapa perkhidmatan awam Rapid KL akan beroperasi selama lebih daripada 24 jam sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-68 di Daratan Putrajaya. Ini termasuklah semua perkhidmatan rel (MRT, LRT, Monorel), Bus Rapid Transit (BRT) Laluan Sunway serta beberapa laluan bas dan zon Rapid KL On-Demand (ROD) terpilih.

    Waktu operasi untuk setiap perkhidmatan ini dalam tempoh tersebut akan bermula pada hari Sabtu, 30 Ogos jam 6:00 pagi hingga Ahad, 31 Ogos jam 11:30 malam.

    Rapid KL akan menyediakan perkhidmatan bas tambahan, di mana 86 laluan melibatkan 235 unit bas akan beroperasi pada malam Ambang Merdeka. Kemudian pada Hari Kebangsaan, jumlahnya akan ditambah kepada 100 laluan dengan 308 unit bas untuk memenuhi permintaan yang tinggi pada hari tersebut.

    Untuk perkhidmatan ROD pula, 20 buah van akan disediakan merangkumi lima zon dari Stesen Putrajaya Sentra serta satu zon di Daerah Pusat Perniagaan. Ia boleh dibuat melalui aplikasi MyRapid PULSE dengan kadar bayaran RM1.

    Lebih 5,000 kakitangan Rapid KL akan digerakkan bagi menjayakan perkhidmatan pengangkutan awam tambahan sepanjang tempoh ini.

    Beritahu kami di Facebook jika anda akan menggunakannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: MyRapid.com.my

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured