More

    Anda boleh jana video dengan Google Gemini secara percuma pada hari minggu ini!

    Jika anda berminat untuk mencuba fungsi penjanaan video pendek menggunakan kecerdasan buatan (AI-generated video), Google kini membuka akses kepadanya melalui aplikasi Gemini untuk semua pengguna Android secara percuma, namun hanya untuk masa terhad.

    Penjanaan video AI ini menggunakan model teks-ke-video Veo 3 yang boleh menjana video pendek berdurasi lapan saat daripada sebarang teks, malah ia turut menyertakan audio buatan dalam video tersebut.

    Untuk menggunakannya, anda hanya perlu muat turun dan buka aplikasi Gemini dalam telefon pintar Android, kemudian klik pada “Video” dalam ruangan teks. Kemudian, anda boleh taip sebarang teks untuk video yang diingini, kemudian Gemini akan mengambil masa beberapa minit untuk menjana video anda.

    Klik pada “Video”, kemudian taipkan teks untuk jana video anda

    Fungsi penjanaan video AI hanya terbuka kepada pengguna yang melanggan kepada pelan Google AI Pro atau Google AI Ultra. Walau bagaimanapun, Google kini menyediakan akses percuma kepada semua pengguna Android, namun akses percuma ini akan ditawarkan sehingga hari Ahad, 24 Ogos jam 10pm PT (Isnin, 25 Ogos jam 1pm waktu Malaysia) sahaja.

    Selain itu, anda hanya dibenarkan untuk menjana tiga video sahaja. Untuk menjana lebih banyak video, anda perlu melanggan kepada mana-mana pelan Google yang menawarkan penjanaan video.

    Beritahu kami di Facebook video apakah yang akan anda janakan dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    BYD One Charge Challenge: 509KM tanpa cas, baki purata bateri masih 21%

    BYD Sime Motors mengumumkan kejayaan penganjuran One Charge Challenge yang melibatkan perjalanan pergi balik sejauh 509km antara Kuala Lumpur dan Gambang, Kuantan...

    Samsung pamer skrin masa depan untuk robot, kereta swapandu dan peranti AI

    Samsung Display baru-baru ini telah memperkenalkan beberapa inovasi paparan OLED terbaharu dalam acara IMID 2026. Acara itu menyaksikan penampilan julung kali teknologi...

    Redmi Watch 6 Active tiba dengan skrin AMOLED 1.85″ dan bateri tahan 18 hari...

    Terbaharu, Redmi Watch 6 Active dilancarkan di pasaran China dengan fokus kepada kelengkapan skrin jenis AMOLED, ketahanan bateri dan fungsi pemantauan kesihatan....

    HUAWEI cuba reka bentuk baharu? Pura X View dilancar dengan nisbah skrin 16:9.5

    HUAWEI melancarkan Pura X View di China sebagai telefon pintar rekaan paparan lebar pertama jenis standard tanpa skrin boleh lipat. Ia menjadi...

    Samsung Galaxy S26 FE makin hampir, Samsung umum acara pelancaran 27 Ogos ini

    Samsung Electronics mengumumkan penganjuran acara Galaxy Event August 2026 secara rasmi pada 27 Ogos 2026 jam 8 malam waktu Malaysia. Acara maya...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured