More

    Telefon pintar konsep realme bakal membawa bateri 15,000mAh, mampu tahan 50 jam strim video

    realme telah mengesahkan bahawa telefon pintar konsep terbarunya akan hadir dengan bateri gergasi 15,000mAh, jauh lebih besar berbanding kebanyakan telefon di pasaran. Walaupun kapasiti bateri ini sangat besar, imej terbaru menunjukkan rekaan telefon itu tidak kelihatan terlalu tebal, malah realme menngatakan ia mampu menawarkan sehingga 50 jam penstriman video tanpa henti.

    Ini menyusul selepas eksperimen syarikat pada Mei lalu dengan GT Concept Phone yang menampilkan bateri 10,000mAh menggunakan teknologi kimia silikon-anod untuk membolehkan ketumpatan tenaga tinggi tanpa menambah ketebalan berlebihan. Versi 15,000mAh ini dijangka menggunakan teknologi silikon-anod yang sama, tetapi dalam skala lebih besar untuk mencapai kapasiti tersebut.

    Menariknya, model 10,000mAh sebelum ini hanya setebal 8.5mm dan seberat sedikit lebih 200 gram. Oleh itu, realme berusaha mengekalkan keseimbangan antara kuasa dan kenipisan. Memandangkan ia masih sebuah telefon konsep, kemungkinan besar ia tidak akan dipasarkan dalam masa terdekat, namun realme menjanjikan lebih banyak maklumat akan dikongsi pada 27 Ogos nanti.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    Samsung janji 5 tahun sokongan kemas kini Untuk Galaxy Watch9 Dan Watch Ultra2

    Samsung secara rasmi mengumumkan peningkatan polisi sokongan perisian bagi jam tangan pintar terbaharunya iaitu Galaxy Watch9 dan Galaxy Watch Ultra2 sewaktu acara...

    Qualcomm bakal lancar SD 8 Elite Gen 5 lebih murah untuk telefon “flagship killer”

    Qualcomm didakwa sedang menghasilkan versi baharu bagi cipset Snapdragon 8 Elite Gen 5 yang dijadualkan dilancarkan ke pasaran lewat tahun ini. Cip...

    Google kini benarkan log masuk akaun guna video selfie

    Google secara rasmi memperkenalkan kaedah log masuk baharu menerusi rakaman video selfie bagi pengguna yang terputus akses atau terkunci daripada Akaun Google...

    Siri HUAWEI Pura 90s tersedia di Malaysia — Dilengkapi kamera 200MP bermula RM3,699

    HUAWEI secara rasmi melancarkan siri HUAWEI Pura 90s dan fon telinga terbuka HUAWEI FreeClip 2 S untuk pasaran Malaysia. Model utama HUAWEI...

    HMD mahu hidupkan semula pengalaman Nokia Lumia pada Android

    HMD Global dilaporkan sedang menguji antaramuka pengguna berasaskan rekaan tile yang menyerupai konsep Live Tiles daripada era Lumia dan Windows Phone. Maklumat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured