More

    vivo V60 rasmi di Malaysia dengan kamera ZEISS 50MP dan pengecasan 90W bermula RM1,899

    vivo Malaysia hari ini melancarkan telefon pintar terbaharunya iaitu vivo V60 yang hadir dengan teknologi kamera hasil kerjasama bersama ZEISS dan menawarkan ketahanan bertaraf andalan. vivo V60 menampilkan tiga lensa utama yang terdiri daripada ZEISS Super Telephoto Camera 50MP dengan sensor Sony IMX882, bukaan f/2.65 dan rekaan periskop yang menyokong zum sehingga 10x serta 100x AI zoom.

    Turut melengkapinya ialah ZEISS OIS Main Camera 50MP berasaskan sensor Sony IMX766 dan 8MP ZEISS Ultra Wide-Angle Camera. Selain itu, ciri Super Telephoto Enhancement membolehkan zum sehingga 100x dengan bantuan AI manakala fungsi seperti AI Erase 3.0, AI Magic Move dan AI Photo Enhance memudahkan pengguna menghasilkan gambar lebih kreatif.

    Selain itu, ia dikuasakan Snapdragon 7 Gen 4 dengan RAM sehingga 12GB + 12GB RAM maya dan storan sehingga 512GB. Menariknya, vivo V60 tampil dengan Diamond Shield Glass, penarafan IP68 dan IP69 serta struktur penyerap hentakan dalaman yang menjadikannya telefon paling tahan lasak dalam siri V. Ia ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu Berry Purple, Summer Blue dan Mist Gray.

    Baterinya berkapasiti 6500mAh dengan sokongan 90W FlashCharge disertai ciri penjimatan kuasa pintar untuk memastikan ketahanan sehingga empat tahun. Bagi produktiviti, vivo V60 disertakan Google Gemini serta ciri AI seperti Smart Call Assistant, AI Captions, dan AI SuperLink yang dioptimumkan khas untuk laluan MRT Kajang bagi pengalaman rangkaian lebih lancar.

    Peranti ini juga dijanjikan 4 kali kemas kini OS dan 6 tahun kemas kini keselamatan. Di Malaysia, vivo V60 dijual pada harga RM1,999 (12GB + 256GB), RM2,299 (12GB + 512GB) dan RM1,899 (8GB + 256GB) untuk edisi eksklusif dalam talian.

    Spesifikasi lengkap vivo V60:

    • Cipset Qualcomm Snapdragon 7 Gen 4
    • Skrin HDR10+, kecerahan puncak 5,000 nits, paparan lengkung 41° dengan bezel ultra-nipis
    • RAM 8GB (edisi eksklusif dalam talian) dan 12GB (+12GB RAM tambahan)
    • Storan dalaman 256GB atau 512GB
    • Kamera Belakang: Kamera utama ZEISS OIS 50MP (Sony IMX766, prestasi rendah cahaya), ZEISS Super Telephoto Camera (Sony IMX882, f/2.65, periskop, 10x zoom, sehingga 100x AI zoom) 50MP dan 8MP ZEISS Ultra Wide-Angle Camera
    • Kamera swafoto: ZEISS 50MP dengan AI Facial Contouring
    • Rakaman video 4K (kamera hadapan & belakang)
    • Kapasiti bateri 6,500 mAh dengan sokongan pengecasan 90W FlashCharge, sokongan Super Battery Saver dan Bypass Charging
    • Ketahanan: Diamond Shield Glass + Struktur Penyerap Hentakan dalaman, penarafan IP68 & IP69 (tahan air 1.5m/120 minit, tahan semburan bertekanan tinggi 80°C), One-Tap Water Ejection, port platinum anti-karat
    • Warna: Berry Purple, Summer Blue dan Mist Gray
    • Sokongan: 4 kali kemas kini OS dan 6 tahun kemas kini keselamatan
    • Harga: 12/256GB – RM1,999 | 12/512GB – RM2,299 | 8/256GB – RM1,899 (eksklusif dalam talian)

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Storan akaun Google kini masukkan sekali SMS, sejarah panggilan dan sandaran telefon

    Google telah mula menghantar pemberitahuan kepada pengguna mengenai perubahan penggunaan ruang storan Google Account. Melalui kemas kini baharu, semua data sandaran peranti...

    Samsung Display perkenal panel tandem OLED pertama dengan pensijilan True Black 1400

    Samsung Display secara rasmi mula membekalkan panel tandem OLED baharu untuk laptop yang melepasi pensijilan VESA DisplayHDR True Black 1400. Piawaian baharu...

    Honda integrasi Google Gemini pada kenderaan terpilih, ganti Google Assistant

    Honda mengumumkan pengintegrasian pembantu AI Google Gemini bagi kenderaan yang dilengkapi fungsi Google built-in. Naik naik taraf ini menggantikan sistem Google Assistant...

    Apple naikkan harga langganan Apple Music untuk pengguna di Malaysia

    Apple telah menaikkan harga langganan bulanan bagi perkhidmatan penstriman muzik Apple Music di pasaran Malaysia. Berdasarkan kemas kini harga terbaharu, pelan individu...

    PMX kini ada kembar AI, boleh jawab soalan rakyat bila-bila masa

    Pejabat Perdana Menteri mengumumkan pelancaran avatar kecerdasan buatan rasmi yang dikenali sebagai PMX AI. Sistem digitalnya dibina oleh Zetrix AI Bhd yang...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured