More

    PMX lancar Program CD:NXT CelcomDigi, sasar 5,000 bakat muda kuasai AI

    Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah melancarkan CD:NXT iaitu sebuah inisiatif utama CelcomDigi Berhad untuk melahirkan generasi pemimpin digital baharu yang bersedia menerajui transformasi ekonomi Malaysia berasaskan teknologi 5G dan kecerdasan buatan (AI).

    Program ini menyasarkan untuk membangunkan 5,000 anak muda Malaysia dengan kemahiran kritikal dalam bidang AI, teknologi, data dan analitik bagi meningkatkan kebolehpasaran mereka dalam pasaran kerja serta memperkukuh ekosistem ekonomi digital negara.

    Sebagai permulaan, seramai 20 bakat muda cemerlang menyertai CD:NXT Young Talent Programme dipilih daripada 3,600 calon melalui saringan ketat termasuk ujian kognitif dan penilaian kepimpinan. Mereka dianggap mewakili barisan terbaik negara dalam bidang digital.

    Program CD:NXT dibangunkan bersama rakan universiti dan teknologi global dan merangkumi tiga komponen utama:

    • Young Talent Programme (YTP) – Program dua tahun untuk graduan berpotensi tinggi dengan fokus kepada lapan kemahiran kritikal termasuk AI, keselamatan siber dan kejuruteraan awan.
    • CelcomDigi UniConnects – Kerjasama universiti-industri bagi menyelaraskan kurikulum akademik dengan keperluan sebenar industri.
    • Student Ambassador Programme – Platform kepimpinan pelajar untuk memperkasakan keterangkuman digital dan kelestarian.

    Dengan pelancaran CD:NXT, CelcomDigi mengukuhkan peranannya sebagai pemacu bakat muda Malaysia, seterusnya menyokong aspirasi negara menjadi kuasa digital berdaya saing di peringkat global. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured