More

    Apple umum acara pelancaran pada 10 September 2025, besar kemungkinan iPhone 17

    Apple telah mengumumkan bahawa mereka akan menganjurkan sebuah acara pelancaran musim luruh yang akan berlangsung pada hari Rabu, 10 September 2025 (jam 1:00 pagi waktu Malaysia).

    Acara itu membawa cogan kata “Awe Dropping” dan boleh ditonton melalui saluran YouTube dan lain-lain media sosial. Ia akan disiarkan secara langsung dari Steve Jobs Theater di Cupertino, Amerika Syarikat.

    Seperti biasa, Apple tidak menamakan produk-produk yang akan dilancar namun besar kemungkinan mereka akan memperkenalkan siri iPhone 17. Siri iPhone kali ini dijangka terdiri daripada iPhone 17, iPhone 17, iPhone 17 Pro Max serta satu varian baharu iaitu iPhone 17 Air.

    iPhone 17 Air diramalkan sebagai iPhone ternipis dalam sejarah, dengan ketebalan 6mm sahaja. Ia bakal menggantikan varian Plus seperti yang ditawarkan dalam siri iPhone 16 dan iPhone 15.

    Satu pembaharuan yang dijangka untuk semua varian adalah pada bonggol kameranya di mana Apple memperkenalkan konsep camera bar atau bonggol kamera yang lebih luas berbanding generasi iPhone sebelumnya.

    Selain iPhone, Apple dijangka akan memperkenalkan AirPods dan Apple Watch baharu. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured