More

    Samsung umumkan Galaxy Event pada 4 September 2025, mungkin lancarkan Galaxy S25 FE

    Samsung telah mengumumkan bahawa mereka akan menganjurkan acara pelancaran produk baharu Samsung Galaxy Event yang akan berlangsung pada hari Khamis, 4 September 2025. Acara tersebut boleh ditonton secara langsung melalui saluran YouTube Samsung pada jam 5:30pm waktu Malaysia.

    Syarikat teknologi Korea Selatan itu berkata mereka akan melancarkan varian terbaru dalam siri telefon pintar Samsung Galaxy S25. Walaupun nama varian baharu ini tidak diperincikan, namun besar kemungkinan ia adalah Samsung Galaxy S25 FE yang bakal menjadi varian termurah dalam siri Galaxy S25.

    Spesifikasi yang tertiris untuk Galaxy S25 FE termasuklah cipset Exynos 2400, skrin AMOLED Full HD+ 6.7 inci, bateri 4,900mAh, pengecasan pantas 45W dan kamera utama 50MP + kamera ultra-lebar 12MP + kamera telefoto 8MP + kamera hadapan 12MP.

    Selain itu, Samsung akan melancarkan siri tablet AI premium baharu, besar kemungkinan siri Samsung Galaxy Tab 11. Ia dijangka bakal terdiri daripada dua varian utama iaitu Galaxy Tab S11 (dengan skrin 11 inci) dan Galaxy Tab S11 Ultra (dengan skrin 14.6 inci).

    Di samping produk-produk baharu, Samsung dijangka akan meluaskan kegunaan Galaxy AI dengan memperkenalkan fungsi-fungsi baharu.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan peranti Samsung baharu ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Apple Watch Series 12 diumum dengan cip S11, Ceramic Shield 2 dan cas lebih...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Series 12 yang dikuasakan oleh cip baharu S11. Jam tangan pintar ini membawakan rekaan sistem pengesan...

    Apple perkenal AirPods 5: ANC, IP57 dan kawalan gerak kepala bermula RM599

    Apple secara rasmi melancarkan AirPods 5 untuk pasaran Malaysia. Fon telinga jenis terbuka ini hadir dalam dua varian iaitu model standard dan...

    Apple iPhone Duo turut rasmi dengan skrin lipat 7.6″, cip A20 Pro bermula RM9,499

    Apple secara rasmi mengumumkan iPhone Duo sebagai telefon lipat pertama dalam barisan peranti mereka. Peranti ini hadir dengan reka bentuk boleh lipat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured