More

    Berus gigi elektrik Xiaomi Mijia Sonic Electric Toothbrush T500C hadir, bateri tahan 18 hari berharga ~RM162

    Terkini, Xiaomi telah mengeluarkan satu lagi alat eletronik menarik untuk kegunaan harian, Xiaomi Mijia Sonic Electric Toothbrush T500C di pasaran China. Berus gigi elektronik ini mempunyai spesifikasi yang agak menarik untuk membantu kehidupan anda seharian.

    Berus gigi eletronik T500C memiliki kepala berus tahan karat yang sangat efektif dalam aspek anti-karat. Bukan itu sahaja, ia memiliki bulu kejur (bristle) DuPont yang berkualiti tinggi, berupaya untuk berfungsi dengan baik dalam penjagaan kebersihan mulut seperti keselesaan gusi, pembuangan plak dan sebagainya.

    Lebih menarik, ia dioperasikan motor gelombang bunyi magnetik generasi kedua yang menghasilkan bunyi bising yang lebih perlahan walaupun frekuensi getaran sehingga 31000 kali/seminit. Cara pengecasannya adalah secara wayarles dan jangka hayat baterinya mampu bertahan sehingga 18 hari.

    Untuk pengetahuan anda, aplikasi Mijia boleh dihubungkan dengan berus gigi T500C untuk anda ubah suai mod pembersihan seperti mod super pemutihan, mod penjagaan gusi, mod pembersihan lidah dan lain-lain. Jika pemberusan menjadi terlalu kuat, indikator akan menyala dan getaran akan dikurangkan secara automatik untuk keselesaan anda.

    Sebagai tambahan, berus gigi elektronik ini boleh dihubungkan dengan termometer elektronik dan higrometer Pro. Untuk melihatnya, anda boleh ke laman web rasmi Xiaomi Youpin.

    Xiaomi Mijia Sonic Electric Brush T500C hadir di pasaran China dengan harga 269 Yuan (~RM162). Sebelum ini, laman e-dagang Malaysia tertentu ada menjual berus gigi elektronik Mijia versi terdahulu. Apa pun, kami masih ketiadaan maklumat rasmi berkenaan produk ini di Malaysia. Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Xiaomi Youpin

     

    Artikel Terkini

    Netflix naik harga lagi di Malaysia, langganan kini cecah RM69.90 sebulan

    Netflix mengumumkan penyemakan semula kadar yuran langganan bulanan di Malaysia yang melibatkan semua peringkat pelan serta penambahan slot ahli. Kenaikan harga ini...

    Starship tamatkan fasa ujian, satelit Starlink V3 akan mula dibawa ke orbit

    SpaceX menyasarkan 18 September bagi pelaksanaan ujian penerbangan ke-14 roket Starship dari tapak pelancaran Starbase di Texas. Misi ini dijangka membawa perubahan...

    HONOR Magic9 Super Edition bakal tiba dengan bateri 11,000mAh dan paparan 165Hz

    HONOR dilaporkan sedang membangunkan telefon pintar mercu baharu menerusi model HONOR Magic9 Super Edition. Berdasarkan maklumat kebocoran spesifikasi yang tertumpu pada siri...

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured