More

    Fungsi siaran langsung TikTok di Indonesia digantung sementara berikutan rusuhan

    Susulan daripada rusuhan besar-besaran yang berlaku di Jakarta, Indonesia sejak beberapa hari lalu, perkhidmatan media sosial TikTok bertindak menggantung fungsi siaran langsung dalam negara itu buat sementara.

    Dalam sebuah kenyataan, TikTok mengatakan memandangkan situasi rusuhan yang semakin meruncing di Indonesia, mereka akan mengambil langkah keselamatan tambahan bagi memastikan TikTok kekal sebagai ruang yang selamat. Mereka akan menggantung fungsi siaran langsung buat beberapa hari di negara tersebut.

    Selain itu, TikTok akan terus membuang sebarang kandungan yang menyalahi garis panduan komunitinya.

    Pada waktu ini, rusuhan besar-besaran mula memuncak di pelbagai tempat dalam Indonesia kerana kos sara hidup yang semakin meningkat serta bagi membantah kenaikan elaun kepada ahli-ahli politik Indonesia. Satu insiden yang mengapi-apikan lagi kemarahan rakyat Indonesia adalah apabila sebuah kenderaan polis Indonesia melanggar dan membunuh seorang penghantar makanan yang turut berada dalam protes.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: The Star

     

    Artikel Terkini

    Selepas 7 tahun menghilang, vivo S2 kini dilancarkan dengan bateri 7,050mAh dan IP69

    vivo melancarkan telefon pintar terbaharunya iaitu vivo S2 selepas siri berkenaan tidak mengeluarkan model baharu hampir tujuh tahun. Peranti kelas pertengahan ini...

    U Mobile kini raja telco Malaysia? Gondol 8 anugerah dalam laporan terbaharu

    Opensignal secara rasmi mengeluarkan Laporan Pengalaman Rangkaian Mudah Alih Malaysia bagi Julai 2026 berdasarkan data yang dikumpul bermula 1 April hingga 29...

    BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro diperkenal di Malaysia dengan bateri 108.7kWh, jarak...

    BMW Malaysia secara rasmi memperkenalkan BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro baharu iaitu model pengeluaran pertama dalam barisan Neue Klasse untuk...

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured