More

    OPPO A6 Max dilancar: Telefon murah dengan bateri 7,000mAh bermula ~RM950

    Siri telefon pintar OPPO A biasanya terdiri daripada peranti mampu milik yang dilengkapi spesifikasi dan fungsi-fungsi asas. Walau bagaimanapun, OPPO telah memperkenalkan sebuah model baharu di China, OPPO A6 Max, yang dilengkapi bateri sangat besar untuk sebuah telefon mampu milik.

    Ciri utama pada telefon ini adalah kapasiti baterinya yang setinggi 7,000mAh. Sebagai rujukan ini adalah jauh lebih besar berbanding bateri 5,910mAh pada OPPO Find X8 Pro yang jauh lebih mahal. Walaupun dengan kapasiti bateri besar, ia mempunyai berat yang mudah digenggam pada tangan iaitu sekadar 198 gram sahaja.

    Bateri ini turut menyokong kadar pengecasan pantas SUPERVOOC 80W yang boleh mengecas daripada 0% hingga 50% dalam masa 24 minit.

    Skrinnya agak bagus untuk peranti mampu milik, ia menggunakan panel OLED berukuran 6.8 inci dengan resolusi 2800×1280, kadar segar semula 120Hz, kecerahan puncak 1,600 nits dan dibuat dengan kaca Crystal Shield Glass.

    Spesifikasi dalamannya terdiri daripada cipset Qualcomm Snapdragon 7 Gen 3, RAM 8GB dan storan dalaman 256GB.

    Untuk kamera, di belakang ia mempunyai kamera utama 50MP dan sensor kedalaman 2MP manakala di hadapan pula terdapat kamera swafoto 32MP.

    Ia ditawarkan dalam pilihan warna putih dan biru, dan ia turut mempunyai rating kalis air IP69 dan pengiktirafan SGS untuk bertahan terhadap situasi suhu yang ekstrem.

    OPPO A6 Max akan dijual di China pada harga bermula CNY1,599 (~RM950) dan setakat ini masih tiada maklumat mengenai keberadaannya di Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    TECNO tayang telefon skrin 0mm pertama – Tiada lagi bezel hitam!

    TECNO memperlihatkan telefon konsep Next-Gen Bezelless menjelang kemunculan pertamanya di acara IFA 2026. Ia dibangunkan untuk menghapuskan garisan hitam di sekeliling paparan...

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured