More

    AKASO SnapX dilancar di Malaysia: Kamera poket 36g, rakaman 4K 60fps berharga RM1,299

    Jenama kamera aksi global AKASO baru-baru ini telah memperkenalkan SnapX iaitu kamera bersaiz poket seberat 36 gram. Reka bentuknya menyokong rakaman POV bebas tangan yang boleh diclip, dipasang pada mount atau dipegang. Ia boleh merakam 4K sehingga 60fps dengan mod time-lapse, slow motion, hyperlapse dan night mode.

    Foto pegun pula sehingga 20MP dengan sokongan RAW memberi ruang suntingan lebih fleksibel dan menyokong rakaman menegak pantas (quick vertical shooting) untuk kandungan media sosial. Penstabilan imej berasaskan giroskop 6 paksi memastikan rakaman kekal stabil walaupun ketika aksi lasak.

    Selain itu, SnapX hadir dengan penarafan IPX7 kalis air dan bateri berkapasiti 450mAh yang menawarkan sehingga 110 minit rakaman pada 1080p dan boleh dipanjangkan sehingga 6 jam dengan Action Pod. Menariknya, terdapat storan terbina dalam 64GB dan pemindahan tanpa wayar 2.4GHz untuk perkongsian pantas antara peranti.

    Fail dirakam dalam MP4/H.264 bagi keserasian main balik dan suntingan secara universal. Kawalan juga boleh dibuat melalui aplikasi khusus atau Action Pod. Selain kamera aksi, SnapX menyokong mod webcam sehingga 4K 30fps untuk penstriman. SnapX dijual pada harga RM1,299 dengan tawaran baucar diskaun RM100 yang sah dari 1 hingga 30 September 2025.

    Ia boleh didapati secara rasmi melalui Shopee, Lazada dan TikTok Shop. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured