More

    Acer turut lancarkan Swift Air 16, AI TravelMate X4 dan projektor Vero terbaharu

    Selain siri Predator dan Preadtor, Acer turut memperkenalkan beberapa produk baharu di IFA 2025 termasuk komputer riba ultra-nipis Swift Air 16, komputer riba perniagaan TravelMate X4 14 AI dan tiga projektor mesra alam dalam siri Vero.

    Komputer riba Swift Air 16 (SFA16-61M) direka khusus dengan casis aloi magnesium-aluminium dan berat kurang daripada 1kg untuk profesional yang aktif bergerak yang menjadikannya antara komputer riba 16 inci paling ringan di pasaran.

    Swift Air 16

    Ia dikuasakan oleh pemproses terkini AMD Ryzenâ„¢ AI 300 termasuk pilihan sehingga Ryzenâ„¢ AI 7 350 dan menyokong pengkomputeran AI tempatan dengan integrasi ciri Windows 11 Copilot+ PC seperti Recall (pratonton) dan Click to Do (pratonton) untuk meningkatkan produktiviti.

    Pengguna boleh memilih antara paparan 16-inci WQXGA+ AMOLED 120Hz dengan gamut warna DCI-P3 penuh atau paparan 16 inci WUXGA IPS 60Hz. Swift Air 16 turut dilengkapi kamera FHD inframerah 2MP dengan sokongan Windows Hello, dwi mikrofon, dwi pembesar suara serta pelbagai port sambungan termasuk USB-C, HDMI 1.4, Wi-Fi 6E dan Bluetooth generasi baharu.

    Selain itu, Acer turut melancarkan TravelMate X4 14 AI (TMX414-541) yang disasarkan kepada perusahaan kecil dan sederhana serta pekerja pejabat mudah alih. Komputer riba seberat 1.27kg ini menggunakan Intel® Core Ultra 7 258V, menyokong RAM LPDDR5X sehingga 32GB dan storan PCIe 1TB.

    TravelMate X4 14 AI

    Ia juga hadir dengan ciri keselamatan seperti Acer UserSensingâ„¢ 2.0 untuk kunci skrin automatik. TravelMate X4 14 AI telah lulus ujian ketahanan MIL-STD 810H dan menawarkan pilihan paparan WUXGA atau OLED.

    Dalam kategori projektor, Acer memperkenalkan tiga model baharu iaitu Vero XL2320p, Vero XL2521 dan Vero SL2520n. Semua model menggunakan sumber cahaya laser bebas merkuri dengan jangka hayat sehingga 30,000 jam serta penggunaan tenaga 40% lebih rendah berbanding projektor tradisional.

    Vero SL2520n
    Vero XL2320p

    Projektor ini menyokong unjuran Full HD, kecerahan 4000 ANSI lumens dan serta pembetulan empat penjuru untuk fleksibiliti pemasangan. Model lontaran pendek SL2520n boleh memaparkan skrin 100 inci dari jarak hanya 1.1 meter. Menariknya, projektor siri Vero ini menggunakan 50% plastik kitar semula (PCR) untuk casis dan pembungkusan 100% mesra alam.

    "
    "

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Xbox Project Helix bakal sokong “game” lama menerusi sistem emulator rasmi

    Satu memo dalaman Microsoft yang ditiriskan mendedahkan bahawa mereka sedang membangunkan emulator rasmi untuk menyokong permainan rentas platform. Pembangunan ini bertujuan membolehkan...

    Amazon Prime Video jadi aplikasi strim pertama sokong HDR10+ ADVANCED

    Samsung Electronics mengumumkan bahawa Prime Video menjadi perkhidmatan penstriman pertama yang menawarkan standard paparan HDR10+ ADVANCED secara global bermula Ogos 2026. Ciri...

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured