Samsung hari ini memperkenalkan dua tablet andalan (flagship) baharu iaitu Samsung Galaxy Tab S11 dan Samsung Galaxy Tab S11 Ultra. Tablet ini dikuasakan oleh teknologi kecerdasan buatan Galaxy AI terkini serta Samsung DeX dan sistem operasi One UI 8 untuk produktiviti yang lebih lancar.
Antara fungsi AI yang ditawarkan termasuklah Gemini Live sebagai pembantu peribadi dalam tugas harian, Drawing Assist untuk menukarkan gambar yang dilakar kepada imej yang lebih cantik, Writing Assist untuk bantu penulisan dalam pelbagai situasi dan Circle to Search untuk carian pantas mengenai sebarang imej yang dipaparkan pada skrin.
Samsung DeX kini menyokong Extended Mode bagi memudahkan anda menggunakan skrin yang lebih besar untuk penggunaan mirip komputer dengan dua skrin (dual-screen setup). Ia juga boleh digunakan bersama televisyen dan dihubungkan secara wayarles.


Ini merupakan Galaxy Tab pertama yang menggunakan pemproses 3nm untuk prestasi yang lebih pantas berbanding generasi sebelumnya. Ia menawarkan peningkatan prestasi sebanyak 33% untuk NPU, 24% untuk CPU dan 27% untuk GPU.
Daripada segi rekaan luaran, Galaxy Tab S11 Ultra mempunyai ketebalan 5.1mm sahaja, menjadikannya Galaxy Tab ternipis setakat ini. Skrinnya pula menggunakan panel Dynamic AMOLED 2X dengan kecerahan puncak 1,600 nits dan kenipisan bezel 5.2mm untuk memberikan pengalaman visual yang tinggi.
Setiap pembelian siri Galaxy Tab S11 akan disertakan bersama langganan aplikasi percuma, termasuklah Goodnotes selama setahun, Clip Studio Paint selama enam bulan (dan diskaun 20% untuk langganan pertama), LumaFusion dengan Creator Pass selama sebulan (dan diskaun 66%) serta Notion selama sebulan.
Berikut adalah spesifikasi penuh untuk kedua-dua tablet:

Samsung Galaxy Tab S11
- Skrin Dynamic AMOLED 2X 11.0 inci, resolusi 2560×1600 (WQXGA), kadar segar semula 120Hz
- Cipset MediaTek Dimensity 9400
- RAM 12GB
- Storan dalaman 256GB, boleh dibesarkan dengan kad microSD sehingga 2TB
- Kamera utama 13MP + kamera ultra-lebar 8MP
- Kamera hadapan 12MP
- Bateri 8,400mAh
- Pengecasan pantas 45W
- Sistem operasi Android 15 dengan One UI 7
- Rating kalis air IP68
- Empat pembesar suara
- Menyokong Wi-Fi 6e, Bluetooth 5.4
- Pengimbas cap jari optikal
- Menawarkan Samsung DeX secara wayarles, Circle to Search
- Pilihan warna kelabu dan perak
- Harga:
- Galaxy Tab S11 WiFi: RM3,899
- Galaxy Tab S11 5G: RM4,399

Samsung Galaxy Tab S11 Ultra
- Skrin Dynamic AMOLED 2X 14.6 inci, resolusi 1848×2960 (WQXGA+), kadar segar semula 120Hz
- Cipset MediaTek Dimensity 9400+
- RAM 12GB
- Storan dalaman 256GB atau 512GB, boleh dibesarkan dengan kad microSD sehingga 2TB
- Kamera utama 13MP + kamera ultra-lebar 8MP
- Kamera hadapan 12MP
- Bateri 11,600mAh
- Pengecasan pantas 45W
- Sistem operasi Android 15 dengan One UI 7
- Rating kalis air IP68
- Empat pembesar suara
- Menyokong Wi-Fi 7, Bluetooth 5.4
- Pengimbas cap jari optikal
- Menawarkan Samsung DeX secara wayarles, Circle to Search
- Pilihan warna kelabu dan perak
- Harga:
- 12GB+256GB, WiFi: RM5,999
- 12GB+512GB, WiFi: RM6,499
- 12GB+256GB, 5G: RM6,499
- 12GB+512GB, 5G: RM6,999
Layari laman web Samsung Malaysia untuk maklumat lanjut mengenai tablet ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan tablet ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.






