More

    Samsung Galaxy Buds3 FE turut rasmi di Malaysia dengan harga RM499

    Samsung Galaxy Buds3 FE hari ini telah dilancarkan secara rasmi di Malaysia bersama-sama Galaxy S25 FE dan siri Galaxy Tab S11. Galaxy Buds3 FE menampilkan reka bentuk ikonik, kualiti audio lebih mantap dan integrasi Galaxy AI dalam harga yang lebih mampu milik. Model ini akan mula ditawarkan kepada pengguna secara berperingkat bermula 5 September 2025.

    Galaxy Buds3 FE hadir dengan reka bentuk yang moden, elegan dan ringan selain menawarkan kawalan sentuhan melalui cubitan dan sapuan pada bahagian “Blade” untuk mengurus muzik serta fungsi lain. Ia menyokong Active Noise Cancelling (ANC) yang dipertingkat dan teknologi Crystal Clear Call untuk memastikan kualiti panggilan kekal jelas walaupun dalam keadaan bising.

    Integrasi Galaxy AI turut menjadi kelebihan utama model ini dengan fungsi seperti Auto Switch yang membolehkan penukaran sambungan automatik antara peranti Galaxy selain sokongan kawalan suara pintar untuk mengakses muzik, semakan jadual atau terjemahan masa nyata melalui aplikasi Galaxy AI Interpreter.

    Buds3 FE mampu bertahan sehingga 8.5 jam tanpa ANC atau 6 jam dengan ANC dengan jumlah keseluruhan sehingga 30 jam bersama bekas pengecas. Untuk panggilan suara, ia menawarkan sehingga 4 jam penggunaan dengan ANC diaktifkan. Tambahan, peranti ini hadir dengan penarafan IP54 kalis air.

    Galaxy Buds3 FE menyokong peranti Android 11 ke atas dengan RAM sekurang-kurangnya 1.5GB manakala ciri penuh Galaxy AI hanya boleh diakses pada peranti Samsung dengan One UI 8.0 atau lebih baharu. Samsung turut mengumumkan bahawa akses Galaxy AI akan diberikan secara percuma sehingga akhir tahun 2025 bagi peranti Galaxy yang menyokongnya.

    Dua pilihan warna ditawarkan seperti hitam dan kelabu dengan harga RM499. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan fon telinga ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured