Perkhidmatan penerbangan kini berganjak selangkah lagi selepas Malaysia Airlines mengumumkan pelancaran MAYA iaitu kru kabin maya berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang pertama seumpamanya di Asia Pasifik.
Inisiatif ini menandakan langkah penting syarikat penerbangan nasional dalam transformasi digital dengan tujuan meningkatkan pengalaman penumpang melalui pendekatan teknologi interaktif. MAYA hadir sebagai watak digital yang mampu memberikan maklumat serta sokongan kepada penumpang sebelum, semasa dan selepas penerbangan.
Malaysia Airlines menegaskan bahawa kehadiran MAYA bukan untuk menggantikan kru kabin sebenar, sebaliknya bertindak sebagai manusia digital yang memperibadikan komunikasi dan memudahkan akses kepada perkhidmatan serta maklumat syarikat.
Dengan pengenalan MAYA, Malaysia Airlines menjadi syarikat penerbangan pertama di rantau Asia Pasifik yang memperkenalkan kru kabin digital AI secara rasmi. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.







