More

    Lenovo umum Legion Go 2 dengan cip Ryzen Z2 Extreme, RAM 32GB dan SSD 2TB

    Lenovo memperkenalkan Legion Go 2 di IFA 2025 sebagai konsol permainan mudah alih Windows generasi baharu. Ia mengekalkan skrin 8.8 inci 144Hz tetapi resolusi dikurangkan kepada 1920 x 1200p dengan sokongan VRR, VESA TrueBlack 1000, kecerahan 500 nits dan liputan warna 97% DCI-P3. Pelarasan ini memberi keseimbangan antara visual dan jangka hayat bateri.

    Legion Go 2 menggunakan cip AMD Ryzen Z2 Extreme APU dengan grafik Radeon 890M, menyokong RAM sehingga 32GB dan SSD 2TB serta storan tambahan melalui microSD. Peningkatan ini membolehkan permainan AAA, indie dan retro berjalan lebih lancar. Bateri turut dipertingkat daripada 49.2Wh kepada 74Wh dengan pengecasan pantas 65W.

    Konsol ini masih mengekalkan mod serba guna dengan pengawal boleh tanggal termasuk fungsi pengawal kanan sebagai tetikus menegak untuk permainan FPS. Ciri lain termasuk tiga butang pengawal boleh program melalui Legion Space, bicu audio 3.5mm, dua port USB-C, Bluetooth 5.3, WiFi 6E, berat 920 gram dan dua pembesar suara 2W.

    Lenovo Legion Go 2 hadir dalam warna Eclipse Black dengan harga sekitar 999 Euro (~RM4,946) di Eropah hujung bulan ini, sebelum pelancaran global menyusul. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Lenovo

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured